Pages

Sep 21, 2012

Biar Kena Gaya


Biasa kan kita jumpa penjual-penjual yang comel dan hensem-hensem disamping beg sandang . 
Biasa jumpa kat mana ?
Bank..
Kedai makan ..
Datang ke office-office .. 

Salah ke ?
Tak bagi ku ..
Mereka jua mencari makan ..

Tapi tak kena gaya ..

Aku terkelam nak tunaikan 'hajat'
Mencari duit beposen-posen syiling lagi ..
Tandas pon cukai ooo ..


 Tup tup tup ..
 
" Akak , tengok buku ni , "

"Kejap dik , kejap "

" Akak tengok dulu ni , baca dulu sekejap "

" Adik , akak nak ke tandas ni ... !! "

Haaa kau ..
Aku yang asal wat cover cool comel ..
Terus melayang semua tu ..

Aku bukan tak nak tengok apa semua tu ..
Yang penting hajat aku ..

Hai cik adik - adik sekalian ..
Berkongsi ilmu biar kena gaya 
Kena cara 
Baru bergaya

Boleh kan ^^



Terima Seadanya



Khas buat mu 


Sayang 
Aku terima
Ya
Aku sudi terima
Walau dipaksa
Dipaksa rela


Bukan apa
Aku tak mahu derhaka
Aku tak nak mendua
Tak nak di dua


Sayang
Kenapa kita bersua
Ini bukan kali pertama
Bukan kali kedua 
Tak mengapa
Aku rela


Semoga
Kita terus bersama
Hingga ke akhirnya
Tidak kira di mana jua
Aku tetap berada
Di mana kau ada 


Tak pe
Aku setia yang satu 
Terima kasih sayang ku 
Wajah blog yang baru  


 Huhu




Sep 19, 2012

Sengaja Ternganga


Tengahari malu-malu terik . Tekak pon terasa perit . Sampai kami berempat bertekak . Jangan makcik soya itu pekak sudah . Tapi lain pulak yang kokak .

Kami berempat singgat gerai tepi jalan beli air . Cantik dah parking tepi gerai . Ye lah yang memandu nya pon masih bersinar-sinar lagi pelekat P nya .

Sorang saja yang turun untuk empat tekak . Jadi yang lain ni senang lenang hati riang la tunggu sesaja dalam kereta .

Huuu tiba-tiba je van depan cantik punya lampu ayu punya undur . Kami hanya mampu ....

 " haaaaaaaaaaa van tu van tu haaa van van "  ternganga sengaja tengok van tu mengundur .

" Gedebuk ! Debuk ! Buk ! "

Yang aku " tekan hon tu hon tu tekaaaan !!! "

" Pin pin pin ! " haih pemandu sorang ni baru nak mengehon , tadi dok sama goyang kaki menganga .

Yang sorang lagi kawan , " turun ! turun ! turun ! "

Haa kan kelam , tadi masing-masing terngangan tak buat apa . 

Dah tiga-tiga turun . Kecoh . Kalah makcik soya tu lelong air dia .

" Kemik tak ? " 
" Calar tak "
" Apa yang patah "
" Haaaa betol tak de apa-apa "


Eceh turun abang hensem empunya van segedabak ! " eh eh sorry sorry , ada apa-apa tak , kemik ke calar ke ? kalau ada saya ganti . Maaf la , tadi saya tengah guna hanset, saya tengah telefon , tak perasan "


Semak punya semak , cek punya cek , scan punya x-ray , tak de apa . Ok je . Settle ! Haih abang posmen laju ! Lain kali jangan guna henset sedang memandu , mengundur , membelok , menaik bukit segala bagai lah .


Soya dah settle ! Masalahnya nak menjawab dengan empunya kereta . Huu . Kereta bukan sebarang kereta . Kereta yang diubah suai , cantik , comel gitu . Mira Gino tuuu .


Tapi lepas dua hari baru ade kemik kat but depan . Aku nak tanya , kereta pon macam kita jugak ke ? Dah lama  lebam baru tau patah ? Lagi satu , dah nak jadi langgar tu boleh elak , tapi kenapa masih tunggu sambil menganga , dah macam cerita filem pulok .


 

Lebih kurang macam ni lah kereta nya 
Yup Kelisa je 
Tapi ubah suai itu ini 
Dalam nye bedah itu ini 
Harga sepoloh ekor  ikan kelisa pon kalah


Sep 18, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam



http://3.bp.blogspot.com/-0g-QaMCdI9o/UFWN68e24nI/AAAAAAAACso/3cVP5aMRz9k/s1600/anigif.gif  

 Kawan-kawan semua 334 orangsss
Terima kasih kawanss
^^

Nak join sini . Follow sekali . Saya sudah ! merepekGILA!  

Gila korang tak follow dia..

 

Sep 13, 2012

TADIKA : Air Berstail


Rasa rindu kat anak-anak tadika pulak .


Dulu

 Aku : " Alif.."

Murid S : " Alifff... "

Aku :  Ba...

Murid S : Baa..

Aku : Kenapa pegang perut ?

Murid S : Ni apa cikgu ?

Aku :  Ta ..

Murid F :  Cikgu ! Apa yang basah bawah kerusi tu.. macam air je .. menitik-nitik ..


Aku pon menjenguk ..
Huh..air ? Air apa ni ?

Murid S :  Tu air kencing saya cikgu ..(  jawab diiringi muka gembira dan lega )

" Hah ?? .. "

Murid lain : " Heee air kencing .. "


Aku : Kenapa tak cakap dengan cikgu ?

Murid S : Cikgu suruh mengaji dulu ..


Erk ? =,='


Macam-macam stail dah budak sekarang ni ..


Sep 12, 2012

Saya Ada


Alhamdulillah.. 
Terima kasih atas doa kalian semua. 
Walau tidak disahkan sihat sepenuhnya tapi cuba sihat sepenuhnya juga.
 Hari ini ( selasa ) kembali beraksi di kerusi biru yang boleh dipusing-pusing , 
di bawah bayu penghawa dingin , 
dihiasi dengan ketukan keyboard.
 Diiringi kerja-kerja yang menunggu giliran disiapkan.

Selamat bekerja ^,^