Pages

Sep 30, 2013

Kempunan Aiskrim

Assalamualaikum

Dah lama ai mengidam tau eskrem ni
Nak beli aku demam
Nak beli lagi takde duit
Eh ?

ABC pon sama
Asal pegi je habis
Kedai tu je pon yang sedap meletop
Yang lain kureng sangat

Hum
Disebabkan mak aku pon sama teringin nak eskrem

Esok kita ramai2 pegi klinik ye
Minta ubat antibiotik kat doktor
Hehehehe

Kompem sihat walafiat
Boleh melantak eskrem

  



http://2.bp.blogspot.com/-DQ_y55wT0yQ/UTRDaa9WGWI/AAAAAAAAFAU/JGrIAMZxmLY/s1600/13.jpg  



http://www.bunchfamily.ca/wp-content/uploads/Sundae2.jpg 

Ya Allah 
Sedapnyaaa

 

Sep 29, 2013

Ahad Malam Isnin

Assalamualaikum

Apa aktiviti anda malam isnin ni ye
Ada yang makan2
Mungkin ada yang tengok live konsert AF

Mungkin ada yang melayan baby hubby mommy
Ada jugak yang dah mimpi sampai Africa
Tah ada jugak yang menung tengok kalendar sedih tak sudah esok Isnin
Hehe

Ape2 pon aktiviti kome
Bior le yang baik2 ye

Aku
Ni haa baru lepas bersenam
Angkat berat iron
Letak atas baju tarik tolak tarik tolak tekan tekan

Lebih sejam jugak la aku berperang dengan peluh dan panas
Agak banyak jugak la iron malam ni
Baju kurung bape pasang tah sume aku iron
Untuk dua minggu
Dengan tudung bape helai

Tu terkecuali baju2 untuk kenduri lagi
Nak pegi kenduri baru decide baju kaler pesen ape nak pakai 

Kang dibuatnya ada budak buat soalan ce gangsa

" Kenapa cikgu tak iron baju ? ''

Nah gedebuk soalan
Nah apa nak jawab

" Keje dah siap ? ''

Haaaa

Tapi tak salahkan kita jaga imej

=)


Tak Baik Membazir


Assalamualaikum 

Petang-petang cenggini kan 
Kalau rasa tak leh tido 
Tak patot kita buang masa menghadap bantal je 

Ye la 
Mata mengantok tapi bantal taknak dodoi kan kite
Jadi lemak santan pagi tadi dah takde power la kalau tangguh2 tido


Pergi la dapor 
Kan tiap umah mesti ada dapor
Kalau sewa bilik pon tetap mesti nak cari bucu tang mane2 tah nak jadikan dapor
Mestilah kan 
Letak satu mug ngan satu sudu pon jadi lah 
Dapor lah tu 

Gi peti ais bukak laci 
Oh ada cokelat la 
Sian takde sape makan dia
Lame dah sejuk dalam peti ni 







Auu 
Sedap mak ngah oi hingga menjilat gigi 
Makan kertas dia yang comey tu pon manis au 

Emm yummy !

 

Bila Sarapan Berlemak



   


Itu la ghope nye kalau sarapan yang berlemak 
Jadi malas ya amat !
Nak scroll biji mata ke bawah atas kiri kanan pon tak larat haih 

Ni la padah sarapan nasi lemak berkali-kali tambah 
Aaarrggghhhhh


Sep 28, 2013

Suara Hilang

Assalamualaikum

Haaa garau kan suara
Serak-serak sexy au gitu
Tersepit-sepit

Berminggu-minggu sakit kemain lama
2 minggu lepas selesema
Pastu demam
Pastu lagi sakit kepala je
Pastu batuk-batuk sakit tekak
Pastu semalam Khamis semalam dah hilang suara
Haish

Menjerit ape pon tak boleh
Mengajar pon bagi arahan kat whiteboard je
Hehehe

Arahan pon tulisan rumi je
Tak leh jawi
Kalau arahan jawi
Bebudak tu menanya ape nak jawab suara tak keluar

Nasib baik budak-budak ni tak mengejek ajuk balik suara
Tapi
Balik umah ayah pulak seronok mengajuk suara aku
Adeh

Ni mak dah start selesema
Ayah dah tak sedap badan
Semua berjangkit dari aku ni

Suara kasar garau mengalahkan suara laki
Perit la jugak tekak nak bercakap
Rasa macam nak tersemboi bijik mata haa nak keluarkan suara

Dah la malam ni ade kenduri
Minta jasa baik anda semua jangan nak men intebiu aku sangat oke 
Wah imbuhan ape tu men intebiu

Oke selamat tengahari sume
 Jaga kesihatan !

Sep 27, 2013

Tukar Arah


Assalamualaikum

Mana mau tukar arah

Atau 

Elok entri panjang ke kanan ke

Atau 

Entri menurun ke bawah kat tepi ke

Atau

Tulisan kat tengah menurun macam syair kah

Atau

Coretan yang baca tulisan terbalik dari bawah ke atas

Ke cane ?

Atau

Entri kosong je tanpa bebelan

Atau

Delete terus

Cenggane ?

Eh header pon takdak lagi

Atau

Korang ade nak komen pepape

Sep 24, 2013

Mengajar Sampai Pitam


Assalamualaikum

Salam sejahtera selamat petang semua
Dua hari ni tak tau ape letih sangat
Nak kata berlari pon tak
Nak kata masuk acara menganyam ketupat , raya dah habis

Nakalnya budak2 sekarang ni
Tak terlarang2
Aku ke sana dia ke sini
Aku ke sini dia ke bucu sana
Haish

Last2 tadi aku nak tumbang dalam kelas
Konon baru nak melangkah keluar kelas

Oh rasa melayang
Pegang pintu pegang meja
Nak tumbang dah
Pitam tiba
Tahan dan tahan berjalan ke kelas sebelah

Grrrr
Nasib baik kali ni boleh cover-cover cun lagi
Aku kalau pitam memang tak boleh tahan
Terus tumbang lelap mata terus

Ish
Baru nak beriya sambung PJJ
Cenggane nih

Sep 22, 2013

Seminar Bersinar

Hai hari ahad cenggini
Sedap wooo lepak silang kaki depan tv
Waktu tengahari
Masuk dapor masak keli

Tapi
Disebabkan tanggungjawab dan amanah yang diberi
Peribadi tolak tepi

Masuk dewan
Kita ikut arahan
Kita dapat pengalaman

Wooo seminar woo seminar

Sep 21, 2013

Topap Kita Mana ?


Al kisah dari pepagi tadi
Kite nak ke sana sini la kan hari
Memerlukan pengaktifan kredit yang tinggi

Topap la pulok tamat tempoh
Kedit ada
Cuma expired dah
Berkulat pon

Pi la menopap e-pay
Masuk tekan2 nombor tak mau
Kedit tak menambah-nambah
Alaaa

Sampai ke malam ni haa tak berkedit
Last-lastnya ?

" Mak sayang ala tomey-tomey , cuba mak try test pindah sengget kat tittewww.. kot-kot la memang line kat sini probsss "

Mak pon mengeshare sengget kat tittewww
Eh mau laku pulak sengget ni
Hum takkan line Celcom aku sorang je kat dunia ni masalah !

Grrrr
Esok kena beli topap celcom maxis banyak2 untuk diri sendiri
Duit dah masuk kan
Hikhikhik

#Ape pon terima kasih  mak topap kan kite untuk pengaktifan..ngeee

Sep 20, 2013

Sengau yang Tak Sudah

Selamat petang sume
Alhamdulillah kenyang

Dan syukur selesema beransur pulih
Panas dek demam tah bila

Semalam terpaksa jugak cari dos tinggi nye
Ubat tapi tak ngantok
Lagi la berdos dos kan

Letih sengau2 ni
Kita nak mengaji kat budak2 pon lari tajwid nye
Hihi

Ingat kan ubat ni tak bape kuat
Biasa pegi farmasi lain
Kali ni farmasi sambil lalu je

2 biji pertama aku makan
Keje nye bersin je
Tak henti2
Berkali kali

2 biji kedua malam tadi
Ahh rasa panas
Banyak dosa pon mungkin ye
Kipas atas bawah aku on
Dengan sakit kapla nya

Aku pikir kalu habis enam biji ni
Tapi takde ape
Aku cari ubat lagi kuat

2 biji last
Pagi tadi lepas waktu rehat
Alhamdulillah
Beransur pulih

Jenuh weyhh selesema ni
Kita nak marah budak dalam sengau
Budak pon sengau kan kite balik nati

Sep 19, 2013

Kunyah-kunyah


Lapar dan lapar
Kunyah dan ingin mengunyah

Tadi ku godek2 lemari ade ape2 tak
Dah macam tikus pulak lah kan
Jupe sejenis kunyahan ni



Tak nampak eh isi dalam nye
Ni ha adaaa





Aku pon tak tau ni bagi ape nama kat kunyahan satu ni
Dia camporan kuih kepit isinye konpleks , pastu ada ceri ceri ceri gitu haaa
Mungkin nama kunyahan ni Burung Goreng Kicap

Haa kan
Kriuk krak kriuk krakk
Nampak tak kerangupan terjelas disituuuu


segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013


  


Ada masa lapang kan 
Takde pon lapang2 kan 
Jom join segmen ni 
Meh meh 

Ala tomey tomey 


Sep 18, 2013

Pergi Meninggalkan Kami


Kisah ni dah lepas dua tiga hari
Hari tu balik kampong
Macam biasa balik kampong mesti nak tengok arnab lah
Ada sekor jantan dua ekor betina ada enam ekor anak baru 3minggu

Kami balik dari rombongan meminang sabtu malam
Bangun2 pagi ahad tu rupanya 
Dua2 betina tu dah bersalin
Eh bunting hari yang sama ke
Yang mak satu ni namanya Cik Ti selamat melahirkan empat anak
Yang mak dua nama Jeanna selamat dua ekor dan sekor lagi tak dapat diselamatkan

Jadi pagi tu macam biasa
Kita kena la tolong susu kan anak2 ni
Kalau Cik Ti ni memang tak mao diam
Kita kena bagi makan kat mak arnab tu baru la anak tu boleh menyusu
Yang Jeanna tu pulak takde susu...jenuh anak nye nyut nyut

Tapi rupenya ahad tu hari terakhir dia
Pagi isnin tu Jeanna dah keras
Pergi meninggalkan kami dan dua anaknya
Sekejap je rasa main dengan dia

Mungkin kompilasi masa melahirkan anak
Mungkin kesejukan
Sebab malam tu memang hujan lebat sangat 
Tapi apa2 kemungkinan kita tak tau
Redha 
Yang pasti kita yang hidup perlu teruskan hidupkan

=)





  Jeanna


 
 Bye bye Jeanna


Terasa nak bela arnab kat umah la sekor ke dua ekor ke
Ye la nak main ngan arnab balik kampong je
Sebulan sekali je
Humm


Sep 16, 2013

Demam Pus-pus

Assalamualaikum

Selamat hari malaysia semua warga malaysia
Kesempatan hari ni?
Rehat saje lah

Dari sabtu semalam dah macam ada gunung kat tekak
Macam ada kepala lagi besar dari kepala
Rasa nyut nyut

Sume benda telan termasuk kayu pon rasa tawar je
Suhu kejap naik kejap turun
Demam pus-pus kot

Taktau la badan ni terkejut kot
Terkejut berperang dengan budak2 sekolah yang amat lasak dan gggrrrr dibuatnya
Demam letih pon mungkin
Demam rindu?
Eh rindu sape

Tapi sakit penghapus dosa kan
=]

Sep 11, 2013

Sejuk Hati


Tengah2 darah tinggi tanda buku budak2 ni 
Selak punye selak 






Haaa sejuk hati kan 
Suruh lukis corak kan
Tu la coraknya

=)

#Kembang semangkok sekejap


Sep 10, 2013

Rampasan

Assalamualaikum

Malam2 semua
Huuuu errrr grrrr
Sejuk kau
Terketor
Cecah kuku dalam air terus jadi ais

Tapi sejuk2 pon kebahangan harimau
Budak2 pulak semakin sejuk semakin aktif
Lagi kita becakap lagi dia becakap
Tapi bila bunyi pong !
Pop ! Pong !
Haa aku tau
" Saya dengar bunyi tu , saya nampak..bagi kat saya sekarang ! "





Nampak tu 
Minggu lepas dapat satu 
Isnin dapat dua 
Hari ni dapat M16 
Siap peluru lagi ha 

Yang kuning kecik tu pistol api 
Memang kuar berasap 
Macam pistol kapur 

Yang M16 tu dengan peluru kuning tu 
Tu paling bahaya setakat yang aku rampas
Balik umah tadi aku try 
Sekali tembak keluar tiga bijik dan terus pecah 
Tu kalau kena mata boleh buta wooo

Haiyya
Ni esok senapang M ape pulak keluar

=,=


Sep 6, 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga 30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Karipap Time !


Selamat minum petang !




Alamak nampak lopak2 karipap
Cancel jadi menantu 
Alahai 
 

Sep 4, 2013

Kuih Naik Angin

Assalamualaikum

Selamat beristerirehat 
Eh

Kena banyak rehat lepas ni
Rehat
Sapu minyak angin
Eh minyak lagi

Pagi tadi dok melayan mimpi
Tah pukul bape tah
3 kot 4 kot
Tet teeet teeet teeett
Haa alarm kereta sape pulak bunyi oii
Tak mungkin pecah masuk
Tapi dah pecah masuk telinga aku
Bangun terkejut
Mau tak angin
Humm

Sakit kepala ape nak sarapan kan
On de wey ( nampak tak kerosakan bahasa situ )
Pi beli kuih
Itu satu
Tu satu satu satu satu
Ni satu

Aku pon bagi due hengget
Makcik : " terima kasih ye , jual "

Haaa ?
Aku terpinga angguk
Naik moto blaahh

Eh 5 ketol 2 hengget
Dah kenapa kuih ni
Ingat sebab minyak orang je naik angin
Kuih pon naik angin

=,=

Sep 3, 2013

Ringkasan yang Ringkas

Assalamualaikum

Buat ape sume?
Masih kira due posen
Ye
Aku dah start menabung dan mencatu duit dengan lebih tegas

Tak tau apa hikmah kali ni
Huhu

Perit jugak bagi aku yang baru nak merangkak cari duit

Bagi yang terasa perit memang perit
Aku?
Mungkin tangguh sekejap beli kereta
Setakat ni motor memang cinta aku
Tangguh kahwin?
Itu dipikir banyak kali
Huhu
Mak
Tolong kite

Eh nak buat ringkasan
Eh minyak angin mane
Pening

Sep 2, 2013

Hujan oo Hujan

Assalamualaikum

Bagi salam dengan mata tutup sebelah
Mana taknya
Mengantok abang kakak oi

Pagi tadi alhamdulillah selesai satu urusan
Esok akan bermula tugasan
Syukur
Rezeki sementara
Dari aku dok melangut melangit tunggu duit bertaboran
Baik aku bertaboran cari rezeki

Skang ni musim hujan je eh
Tadi konon petang ni nak kuar la pegi beraya
Tup
Lebat

Raya ape?
Dah nak abes raya dah 
Abes tu raya abes tak datang ziarah ?
Ne leh cenggitu
Ziarah menziarahi tetap diamalkan

Konon nak elak lah dari tidor
Bukak pesbuk ngantok jugak
Bukak shopping online pon ngantok !
Ye la..kot2 la kan tengok shopping biji mata terkeluar
Tapi cubaan tu semua musnah sama sekali
Yang berkali2 cubaan setan kat mata
Alahai 
Ni pon tersengguk-sengguk air liur depan laptop nak menaip





Oke lah
Nak lelap kejap pon jadi lah
Kot2 la bangun2 dapat cium katak jadi putera



Tidur Malam

Assalamualaikum
Selamat petang kepada  yang masih belom tido
Selamat malam kepada yang dah tido

Ni kenapa awak dan awak dan abang dan kakak dan makcik dan saya tak tido lagi  
Dan aku 
Tak tau dah kenapa aku ni 
Siang tadi tak tido pon 
Jadi sepatutnya dan sewajibnya sekarang sedang melakar peta 

Jadi dan jadi 
Kita kena amalkan 
Wajib 

1. Sucikan bersihkan diri sebaik2 nya.Gosok la gigi , cuci muka , buang air

2. Pastu berwudhu la . Tak berat pon wudhu kan

3. Pastu kita gi cari bantal busuk , tepuk2..kibas2 kan tilam ke toto ke sekuat hati. Agar tertanggal peta2 kita yg silam 

4. Dan baring . Baring hadap kiblat  dan berada di atas rusuk kanan . Haa tau kan . Takkan aku nak tunjuk gaya model sini . Kang ape pulak kate orang aku posing menyusukan anak. Eh ?

5. Kita sama2 niat esok nak bangun awal solat tahajud . Qiyamullail lagi bagus . Tapi jangan dah celik pastu baring lelap balik. Tapi aku pon camtu. Berat betol setan kat mata ni. Kalah dengan setan aku ni.

6. Nak tido ? Opah ajar camni .. Mengucap syahadah. Baca ayat Kursi , surah Al-Ikhlas , surah Al-Falaq , surah An-Nas , lepas baca doa2 surah2 tu sume , sapu dari kepala sampai ke kaki .. Ni opah kite ajar la ye..

7. Ni satu lagi. Aku dah baring posing cantik punye , tak mau lelap . Jadi kita berselawat ke bertasbih ke sampai terlelap . Tapi ni kompem . Tak lama tah bile tah dah terlelap 


Banyak lagi adab nak tido ni 
Ni antaranya lah kan

Selamat beramal !
Assalamualaikum 
Selamat malam