SAYA TIADA ... TIADA KATA ... BUKAN TAK TAW NAK CAKAP APA ... BUKAN KE MANA MANA ... DOAKAN SAYA ... SEMOGA SEMBUH SEPERTI BIASA ... PULIH SEPERTI SEDIAKALA ... NAK BUKAK MATA PUN TIADA DAYA ... BUKA MULUT KENA BERDAYA ... KALAU TIDAK PEROT MEMINTA-MINTA ... BADAN PUN TAKKAN BERDAYA ... SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA ... MAAFKAN SALAH SAYA ... SILAP SAYA ... KATA-KATA SAYA ... SENGAJA DAN TAK SENGAJA ... SELAMAT BERHARI RAYA SEMUA ... TAHUN NI TIADA MERASA RAYA SEPERTI ORANG LAIN ... HUU SYUKUR NIKMAT ALLAH MASIH PANJANGKAN USIA ... SIHAT SEBELUM SAKIT ... HIDUP SEBELUM MATI ... (letih jugok update gune phone..semuanya besau tulisan..ok ngantok mamai dek ubat ..)
Pages
Aug 14, 2012
Aug 7, 2012
#6 IFTAR

Gambar : Nasi Ambang
Sebutannya bukan ambang ..
Sebutan jawa ( jowo )
Ambeng .. Nasi Ambeng ..
Harga : RM 4
Isi : Nasi , Mee Goreng , Serunding , Ayam , Kacang dan lain-lain
* ni kalau ayam kampong sedap ni ..
Kelebihan makan nasi ambang ni boleh mengeratkan silaturrahim bererat-erat ..
Kalau macam ni kecik je nasi nya , setakat dua orang leh share ..
Tapi kalau yang nasi ambang dalam talam tu ..
Makan empat ke enam orang ..
Tu yang seronok ..
Ada sapa-sapa tak pernah try makan ni ?
Jom kita gathering nasi ambang sama-sama nak ?
Labels:
bazar,
jawa,
nasi ambang,
nasi ambeng,
ramadhan,
ukhwah
Aug 6, 2012
Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool !

Jom join contest cik lyn ni
Entry terbaik , saya berikan yang ini untuk dikongsi bersama
saya tag anda !
#5 IFTAR
Gambar : Macemellloowww Cokelat
Rasa : Macam makan kapas atau span je
Tapi sedap , lagi-lagi kanak-kanak riang macam aku
Macemeellloww free
Cairkan cokelat tu ..
Golekkan , gulingkan , oleskan , macemellow ke dalam
Angkat celop angkat celop celop angkat
Nak cepat , campak semua dalam cokelat . Kan cepat .. hehe
Dah boleh makan , suap sendiri
--------------------------
Tak kenyang apa pon makan macemellow ni ..
Duapuloh tan baru rasa kenyang kot ..
Humph !
Labels:
coklat,
makan,
marshmellow,
ramadhan
Kerja Ke ?
" Kenapa ayah tak siap lagi ni , tak kerja ? "
" Cuti la .. "
" Mak , aik tak siap lagi ke ? "
" Hari ni kan cuti ? "
" Adik , tak pi sekolah ke ? "
" Adoi kak , cuti la .. "
Terkebil-kebil aku keluar rumah ..
Sampai office .. selak kalendar
Laaaa...
Cuti ke hari ini ..
==''
Aug 3, 2012
#4 IFTAR
Gambar : Lalalalalalalala
*kalau satu Lala , panggilnya Lala
Ni Lala banyak ,so panggilnya Lalalalalala
Rasa : Sedap sebab masak sendiri . Hehe
Selamat berbuka puasa ^^
Labels:
bazar,
berbuka puasa,
lala,
ramadhan
Mulianya Kita Muslimah
Apa sahaja yang berlaku kepada kita
Adalah kehendakNya
Menjadi kaffarah dosa
Untuk di sana
Ingin syurga
Patuhilah arahanNya
Menjaga solat yang lima
Pelihara maruah
Mudahlah nak ke sana
Dipilih Allah
Menjadi muslimah
Yang mengikut jejak langkah
Fatimah r.a
Aisyah r.a
Khadijah r.a
Berjalanlah dengan AlQuran
Seiring dengan Sunnah
------------------------------
Jangan berputus asa dengan peredaran hari
kerana ia adalah ketetapan Allah
Perut Buncit
Korang berdiri , lepas tu jeling kat kaki tu , takpon jeling bawah ..
Nampak kasut tak ? Kaki nampak tak ?
Tak nampak ? Hmm perot korang dah mula jalan ke depan dulu la tu ..
Kalau perot perempuan yang ke depan dulu tu lain citer ..
Jom atasi masalah perot boncit ..
Bersarapan dengan oat . Ia nya mempunyai serat tinggi dan mampu berikan kenyang yang lama.
Yang eloknya makan yang asli ,just tambah kismis dan buahan je sebagai tambahan perasa .
Menurut kajian di Universiti Purdue , pengambilan segenggam kekacang
mampu berikan kenyang yang lama.
Tapi pilih la kacang tanpa garam . Nanti naik pulak darah tinggi nya.
Seeloknya ambil duepulohempat bijik sehari .
Bersarapan dengan duo biji telor . Ia dapat membantu kita kurangkan lemak dalam badan .
Berbanding kita makan roti dan donut .
Kerna telor ada vitamin B12, iaitu zat yang diperlukan dalam bakar lemak !
*sedap kan telor separoh masak .. huh
Makan la semua jenis buah beri .
Respibery , strawbery , bery , bery , adik beradik sewaktu dengannya lah .
Nampak je kecik buah2 ni , tapi seratnya tinggi .
Cari yang segar ye , takmo selain tu , tak elok .
Makan daging dan ikan ! Badan kita ni bakar kalori berprotein lebih banyak
dari kalori karbohidrat dan lemak .
Jadi daging tanpa lemak yang terbaik , ayam tanpa kulit dan ikan .
Makan sayuran hijau banyak-banyak . Ramai betol kan tak suka sayur hijau .
Padahal sayur hijau yang mampu mengempiskan perot.
Terutamanya bayam dan brokoli .
Tapi kena betol masaknya. Kalau berminyak aje pon masakannya tak jadi jugok .
Makanlah makanan bijiran gandum penoh . Macam roti whole meal . Ini yang terbaik untuk diet .
Bukan je mampu beri tenaga , tapi beri rasa kenyang yang lama .
Selamat mencuba !
-----------------------
Bulan puasa ni turun berat badan mendadak .
Dua kilo turunnya ..
Rasa melayang je jalan ..
Haish
Aug 2, 2012
#3 IFTAR
Gambar : Dimsum ? Sushi ?
* taktaw nak sebut
Harga : 1 set perabot macam tu RM 4.10
Rasa : Yang warna hijau tu isi ayam blackpaper
Hijau lagi satu tu isi mushroom
Yang kuning tu isi ketam
Yang si putih tu ayam jugak
Yang si gulung hitam tu ada crab stick ngan ape tah
Saiz nya kecik je , kalau jenis agak lahap tu sekali masok je ..
Kalau sopan-santun ala wanita 50-an macam aku sepuloh kali gigit pon boleh lagi ..
Ngeee ..
Rambut Makhotaku
" Eh jangan la pegang rambut saya , rambut saya kasar la .."
" Eh eh eh rambut awak bercabang la .. "
'' Hmm rambut saya banyak gugur la , macam mane ni .. ? "
Tak kira kita bertudung atau tidak , rambut aset yang bernilai juga .
Kita harus jaga nya . Kita mampu nak mellindungi makhota kita dengan hijab yang dipakai .
Tapi rosak sebab sikap kita .
Jaga lah anugerah Allah itu dengan sebaiknya .
Cuci rambut . Sebaiknya empat kali seminggu .
Takde la rambut berbau dan berkelumumur . Gosok pelan-pelan ,
jangan guna kuku , tapi hujung jari .
Kalau guna kuku , kulit kepala ni nipis je , dah luka .
Tak cantik dah , takmo takmo .
Lepas tu guna kan perapi . Benda ni tak elok selalu , tapi buat lah kan .
Contoh cuci rambut tiga kali sehari , yang dua kali tu sapukan la perapi tu ,
alang-alang dah cuci sekali , haa sapukan sekali .
Bungkuskan rambut tu , bukan bungkus satu badan dah macam pocong pulak kan ,
bungkus kan rambut tu dalam sepoloh hingga limebolas minit .
Bilas dengan air bersih ya , seeloknya air mengalir .
Senang nak uruskan , nak bilaskan rambut tu .
Jangan guna air panas atau suam , sian la kat kulit kepala tu .
Luka lagi .
Guna sikat yang sesuai ok . Kalau rambut panjang tebal , sikatnya jarang-jarang .
Kalau rambutnya nipis halus , pakai yang rapat-rapat punya .
Lebih baik tanya yang pakar !
Kalau boleh elakkan guna pengering rambut tu ,
rosak eh ngan haba dia tu . Kalau guna pon suhu paling rendah .
Jangan sikat rambut keadaan basah , boleh menjadikan kelomomor .
Gunakan shampoo yang sesuai . Jangan hari ni Sunsilk !
Esok Clear For Men ! Lusa Ribena ! Tulat Pantene pulak ! Haa kan payah .
Yang bertudung tu pastikan betol-betol kering . Nanti busok . Rambut bercabang . Rambut berbuah . Takmo takmo .
Gunakan minyak rambut yang sesuai juga, tapi tak semua orang suka guna minyak , sebab ada yang jenis kulit sensitif dengan minyak . Terpulang ..
Minyak masak dalam kuali lepas goreng sotong pon boleh try
Ada yang salah betolkan .
Ada yang tertinggal tambahkan ?
Yang lelaki sama je kan ni ?
-------------------------------
Jagalah anugerah Allah yang diberi sebaiknya .
Pahala insyaallah di sisi . Kita mensyukuri nikmatNya pemberianNya .
Manis lagi mensyukuri nikmat Allah dengan bertudung ^^
Haa manis ayu kan :)
Aug 1, 2012
#2 IFTAR
Gambar : Satar
Tempat : Bazar Ramadhan
Harga : Satu helai limepulohsen
6helai x limepulohsen = ???
Rasa nya sedap jugak . Rasanya lah kan .
Cuma ia agak kecik dari yang aku makan kat Pahang dolu .
Kat Pahang tu sedap ! Lemak berkrim sehingga menjilat plastik .
Ni aku tak taw nak kata sedap menjilat apa .
Saranan kepada penjual : Sila besarkan saiz , dan tambahkan cili-cili dan isi .
Hmm kecik , sekali makan terus masuk mulut sekali kunyah ,
nampak kan kegelojohan kau di situ . Aish ..
------------------------------------
*banyak songeh aku ni , nak masak sendiri lah kan .
Ada sapa-sapa nak share menu dia ?
Nikmat Allah
Ingat
Bersama kesusahan ada nya kemudahan
Adanya tangisan diringi dengan kegembiraan
Tibanya malam kemudian siang menjelma
Pekatnya malam terpancar jua keterangan
Jika kita seorang ibu
Kita adalah penyokong Islam
Kita pejuang Islam
Benar pendidikan kita
Doa buat kita pasti tidak dilupa
Indahnya wanita
Lembutnya wanita
Bahagianya wanita
Bila menjadi ibu
Rasailah mulianya seorang ibu bahawa
ibu Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ibu
yang telah melahirkan pemimpin yang luar biasa dan
cukup istimewa jua Rasul yang mulia
Hari esok akan menjelma meninggalkan derita
diganti canda dan tawa
Kesempitan akan diiringi dengan kelapangan
Labels:
ibu,
pejuang Islam,
wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)