Pages

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Aug 1, 2012

Nikmat Allah







Ingat
Bersama kesusahan ada nya kemudahan
Adanya tangisan diringi dengan kegembiraan
Tibanya malam kemudian siang menjelma
Pekatnya malam terpancar jua keterangan

Jika kita seorang ibu
Kita adalah penyokong Islam
Kita pejuang Islam
Benar pendidikan kita
Doa buat kita pasti tidak dilupa

Indahnya wanita
Lembutnya wanita
Bahagianya wanita
Bila menjadi ibu

Rasailah mulianya seorang ibu bahawa
ibu Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ibu
yang telah melahirkan pemimpin yang luar biasa dan
 cukup istimewa  jua Rasul yang mulia


Hari esok akan menjelma meninggalkan derita
diganti canda dan tawa

Kesempitan akan diiringi dengan kelapangan


Jun 24, 2012

#16 CHUP !



Syeikh Abdul Wahid (rahmatullah' alaih ) berkata bahawa 
pada suatu hari dia sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu .
Lalu beliau bermimpi melihatkan seesorang wanita yang sangat cantik berpakaian sutera hijau .
Keseluruhan badan itu dan kasutnya dalam keadaan berzikir .

Wanita itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid :
" Adakah engkau mahu memiliki diriku kerana aku begitu mencintaimu ?"

Lalu wanita itu membacakan serangkap pantun yang menceritakan 
keinginan dan kerinduannya kepada seseorang kekasih . 
Apabila Syeikh Abdul Wahid terjaga daripada mimpi , 
dia berazam tidak akan tidur pada waktu malam lagi 
dan dia mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada waktu sama .