Pages

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Oct 9, 2013

Zohor


Pergergigo solat
Kore pepetango
Gurgigigi

Pelare hukole
Lerase

Ir a rezar
Antes de la muerte retirada


Kata Pak Beduk dengan senyuman 






Gi semayang !

#nak gerak ke ipoh 




Oct 5, 2013

Amarah yang Berbaloi



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwbVbP__IsowGylzxAvn1p3HTTrZmKAFmF6ji9IT8ZRSBB798REXx_-BMozDqdTrvSO9DNGOsH8xJy0XGRi3AxX5GAh1ch_TwJCY6386EMQLFWK5MLiohj84vm0opbiNGxgAabxahpNnMG/s640/angry+birds+pajaros+furiosos+2.jpg

Sabtu
Amarah 
Berbaloi
Puas hati

Bila rasa marah
Semua tak kena

Marah aku kali ni takleh lawan angry bird

Masuk bilik air tak kena
Masuk jamban pon rasa tak kena
Rasa nak kena ?

Ha amik berus , sabun , clorox , pencuci semua
Menyental dinding-dinding
Berus lantai
Siling pon kau cuci
Cebok pon kau sental

Segala apa yang lalu depan mata
Nasib baik kucing lalu aku tak berus

Berjam jugak aku bertapa dalam tu
Dua bilik settle !

Dah penat
Perut aku pon rasa berbaloi
Dah kerja guna tenaga
Makan pon rasa lazat ya amat

Cara melepaskan kemarahan aku kali ni agak baik
Kalau tak baik ape aku buat ?
Baring tengah jalan ke ape ?
Tu bunuh nyawa namanya 

Lepas solat zohor sampai sekarang ni
Rasa tenang
Selalunya kalau rasa marah aku terus amik wudhu
Mesti lama dalam bilik air tu
Menangis puas-puas dengan air

Jadi
Gunakanlah rasa marah anda dengan sebaiknya
Atasi dengan sebaiknya

Marah tengah berdiri , duduk
Duduk tak mau jugak , gi la amek wudhu
Solat sunat
Mengaji ke , berzikir ke
Pastu baring , tidor
Insyallah

Aku dah rasa berbaloi
Anda bagaimana ?
Hehehe


Jun 5, 2013

Budak Sekarang





Sebenarnya aku pelik jugak budak sekarang 
Sanggup berduit untuk bayar baju ni saje 

Ni design yang simple
Kalau ikut design asal 
Mau berpuluh hengget 
Sehelai dekat rm60 
Dua dah beratus 
Tapi mungkin depa bedua dah kumpul duit sama2


Wahai adik yang menempah 
Selamat  meneruskan kehidupan 
Semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin 
Pelajaran jangan tinggal ye
Solat jangan lupe


Semoga mak ayah merestui awak dan kekasih awak


May 31, 2013

Ketika Pergi ke Masjid



Bersegera menuju masjid . Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : '' Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan azan dan saf pertama, kemudian tidaklah mereka boleh mendapatinya kecuali dengan mengundi , pastilah mereka mengundi. Dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju masjid , nescaya mereka mengetahui keutamaan solat isyak dan subuh ( dengan berjemaah ) , nescaya mereka akan datang walaupun dengan merangkak . '' (Muttafaq 'alaih) 


Mendahulukan kaki kanan ketika masuk dan mendahulukan kaki kiri ketika keluar masjid . Berdasarkan Anas bin Malik r.a : ''Termasuk sunnah , apabila engkau masuk masjid dahulukan kaki kananmu dan apabila engkau keluar dahulukan kaki kirimu . '' (Riwayat Al-Hakim)




Nampak mudah kan , kadang2 kita yang sengaja merumitkan nak melakukannya . 
Jom cari pahala 


Jun 25, 2012

#17 CHUP!



Kagum Dengan Keperibadian Khalifah Umar 



Seorang utusan dari Iraq mahu berjumpa dengan khaifah . 
Oleh sebab tiada kenalan di Madinah , dia pun menginap di masjid.
Melihat lelaki Iraq itu berbaring selepas solat ,
Khalifah mendekatinya dan bertanya apa tujuannya.

Jawab lelaki itu , 
" Saya utusan Iraq , saya ingin mengadap Khalifah Umar bin Al-Khattab "

"Kenapa kamu tidak terus menemuinya dan mengkhabarkan berita yang kamu bawa  "

" Sekarang ni sudah larut malam . Tidak mungkin saya mampu menemuinya malam-malam begini malah tentu khalifah pun tidak mahu menemui saya "

" Khalifah pasti mahu menemui kamu . Sekarang ini pun kamu sedang berhadapan dengan khalifah . "

"Maksud saudara ? "

" Sayalah Khalifah Umar bin Al-Khattab . "

Lelaki Iraq itu bingung lalu hampir pengsan kerana berhadapan dengannya .
Dia hairan , di tengah malam begitu masih berada di masjid .

" Kamu jangan terkejut , walau saya khalifah , saya juga hamba . 
Jika sepanjang malam saya tidur , bermakna saya sia-siakan waktu saya untuk beribadah . 
Jika saya tidur di siang hari pula , bererti saya lupakan kewajipan saya sebagai pemimpin  . 


Jun 24, 2012

#16 CHUP !



Syeikh Abdul Wahid (rahmatullah' alaih ) berkata bahawa 
pada suatu hari dia sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu .
Lalu beliau bermimpi melihatkan seesorang wanita yang sangat cantik berpakaian sutera hijau .
Keseluruhan badan itu dan kasutnya dalam keadaan berzikir .

Wanita itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid :
" Adakah engkau mahu memiliki diriku kerana aku begitu mencintaimu ?"

Lalu wanita itu membacakan serangkap pantun yang menceritakan 
keinginan dan kerinduannya kepada seseorang kekasih . 
Apabila Syeikh Abdul Wahid terjaga daripada mimpi , 
dia berazam tidak akan tidur pada waktu malam lagi 
dan dia mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada waktu sama .


Jun 2, 2012

Raja Sehari vs Setan Sehari



Musim cuti sekolah ni sesaja ada kendurinya. Satu hari sampai satu dua tiga empat lima enam tujuh lapanratussembilanpulohsembilan kenduri . 


Seronok tengok macam-macam ragam gaya kenduri ni. Ada yang mencuit hati .. Ada yang menyayat hati .

Yang mencuit hati nya telatah pengantin macam budak-budak pon ada kan. Biarlah dema nak mengada pon tapi jangan over lah ya pengantin sampai hentak-hentak kaki tumit tinggi sebab suami tak suapkan masa makan beradab. Memang kene ketok la kau ngan tanjak.

Yang menyayat hati nya , jangan la sampai lupa Tuhan . Ni bini dah dapat kau lupa Tuhan. Baru bini belom anak bini . Haaa payah la tu .


 Aku tak cakap pasal perempuan sebab aku fikir positip je yang mungkin mereka cuti-cuti holiday lah kan . Tapi laki memang aku fikir separoh negatip separoh positip. Satu aku fikir mereka solat jama' .

Owh kepala ku sila fikir positip postip !


Tapi bukan pengantin saja kena ingat ni. Mak ayah pengantin pon sama la ya. Jangan dok ralat sangat dapat menantu lelaki peramah macam Mariah Carey dan menantu pompuan secomel aku (sila sedia baldi nak muntah ) sampai tak solat pakcik makcik oi .


Menantu menantu jugak , tapi jangan jadi hantu .
Raja sehari ya ya jugak , tapi jangan jadi setan sehari .
Jadi kepada bakal-bakal menerima menantu , bakal-bakal raja sehari dan seisi sekeluarga ..
Tak nak la hari bahagia kita ke neraka kan ..Hari bahagia hingga ke syurga yang kita mahukan ..


 Selamat Pengantin Baru ! Semoga bahagia bawa ke syurga . 



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ok bila pegi majlis-majlis ni rasa syok nya kawin . Haaa tolong jangan berangan (sambil tampor pipi ) !!

 

May 29, 2012

#14 CHUP!




Berita daripada Ibnu Umar r.a mengatakan 
bahwa Rasulullah saw pernah bersabda , 
"Orang yang luput solat Asarnya samalah 
ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya . "

( Sahih Bukhari )



  




May 28, 2012

#13 CHUP!



Penghuni Syurga


Suatu hari , seorang Arab Dusun datang bertemu Rasulullah saw .
Katanya kepada baginda ,
"Tunjukkanlah kepada ku suatu amalan yang mana 
bila aku melakukannya , aku akan masuk syurga kerananya. "


Mendengar permintaan itu,
Nabi Muhammad pun menjawab ,
'' Sembahlah Allah . Jangan menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain .
Tegakkan solat-solat wajib dan 
bayarlah fardu zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan ."


Mendengar jawapan itu , Arab Dusun pun berkata ,
" Demi Allah yang diriku berada di tanganNya .
Tidak akan aku tambah daripada ini ."


Kemudian , lelaki itu pulang . Sebaik saja dia pergi ,baginda pun bersabda ,
"Siapa yang senang melihat seseorang daripada penduduk syurga , lihatlah Arab Dusun  itu tadi " .