Pages

May 24, 2013

Lulus !


Akhernya lulus test kereta, tua tak tua , ake kena amek jugak ! Kereta ade , tuannya tak nak bawak. Khamis penentu segalanya. Nombor cantik , 144. So bertuah lah kan , bertuah tang kaki tekan minyak , tang tangan tukar gear la kot. Sesi 3 ? Pengsann. Panas terik dengan takde angin sepoi2 bahasa inggeris, angin bahasa melayu ape tah lagi . Duduk menunggu giliran beralaskan plastik berbentuk kerusi , berbumbungkan langit zink . 

Sementara tunggu , tengok orang lah kan , cakap eh dia lulus, eh dia salah , eh dia balek jpj yang bawak , eh dia langgar garisan . Dan sampai la turn makcik  ni , dia start enjin dan oke dia jalan , ehmmmm naik bukit , sekali dia tak brek , terus tekan minyak , melompat terbang kereta tu . Jpj dok menjerit " TEKAN BREK TEKAN BREK ! "  Huhu . Semakin ketor lulut aku . Emosi mengawal segalanya . 


Jam 12.30 , akhernya aku mendapat kereta yang tak berape nak ghope kereta la pulok. Ni yang aku tak suke ni , belajar kereta lain , ujian kereta lain . Redah je la . Dengan yakin tambah jampi serapah , tekan minyakkk vroommmmmm naik bukit , eheeeekkkkkkgjsdhdhvf  brek ! Oke jalan ! Ahh turun bukit . Lega .

Parking ? Masuk cantik , undur cantik , pappp ! Mati enjin ! Tengok muke encik jpj , dia senyum angguk , aku start la enjin balek. Hoho. Lepas tu selamat .

Oke tiga penjuru ! Dari tempat parking ke 3penjuru tu mulut aku dah kumat kamit becakap dengan kereta , " oh tolong baik dengan aku kereta oi , bagi baik , bagi cantik. Sayang aku kan ? Bagi aku lulus, pleaseee "
Dengan ilmu ada di kaki otak dan tangan , zrrrruuupppppp ! Siap ! Lulus =) 

Jalanrya . Masuk bagi salam , tengok tu tengok ni , usik tu usik ni , JPJ " jalan ! Jalann.. "  suroh aku jalan . Hm tak menyabor encik jpj ni , nak balek awal kot , dah kol empat tak berapa nak setengah la mase tu . 

Masuk jalan C ,
" HAAA MASOK KIRI " 
" kiri ? ke mane ? "
"  MASUK JALAN B '' 
"oke "  
" HAAAA TU SIMPANG TU MASUK , JALAN BALEK TERUS " 


Gila sekejap , fuhh selamat .
 " HAAA SAIN NI " 
Muke selamba sain , terima kasih encik . 

Tengok balek list aku lulus , markah aku 18 per 20 je ? 
Kesalahan , tak memasang pencuci cermin . Erkk . Memang kedekot markah la ni , aku dah cuci cermin tu siap bukak tingkap cuci pakai tangan lagi , jirus dengan air satu baldi . 

Hmm takpe la. Memang harapan la kalau nak markah penoh.  Ape2 pon terima kasih abe kelate ajar  mandu . Dan terima kasih membaca yang merapu 

Sebenarnya JPJ ni takde la garang mane , dengar arahan dia kita buat betol , elok la dia . Ye dak ? Dan pandai kawal perasaan emosi bagai .




=)


10 comments:

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)