Pages

Showing posts with label mata. Show all posts
Showing posts with label mata. Show all posts

Jun 17, 2013

Hujan



Tengah-tengah malam aka pagi-pagi macam ni 
Tibe-tibe hujan turun 
Wahh hujan rahmat
Kalau yang tengah tidor tu sedap la tarik selimut 
Tapi kena mata macam aku ni 
Dok hadap laptop
Kena penyakit insomnia nia nia safi rania
Haih
Selamat malam semua 


Jun 1, 2013

Tidur Cukup , Kulit Sihat


Diri sendiri pon kadang2 tidor tunggang langgang . Mane main dan waktu je , rasa mengantok awal tido awal  , kalau tak tido langsung , patot la kulit tak berapa nak mulus halus kudus .


1. Kulit cepat sembuh . Tidur yang cukup dan berkualiti dapat memulihkan kulit kita. Kulit ni akan bekerja waktu kita tidur , mane yang tak elok tu dielok-elokkan , jadi bangun pagi hari rasa segar dan berseri-seri . 


2. Jerawat  kurang. Jerawat ! Satu hidupan yang paling wanita geruni. Bila kita kurang tidur , ia akan berikan tekanan kepada kulit kita . Mula la nanti timbul bintik hitam , jerawat . Ada kajian cakap insan yang ada lebih banyak jerawat ni , pelajar yang sedang berjaga mata bersengkang mata nak exam !


3. Mata yang cerah bersinar . Kalau tidur pon pukul 3 bangun pukul 6 , kompem mata dah macam bertumbuk . Lebam , hitam , kelam , kusam . Lepas tu jenuh le cari krim itu ini nak tampal .


4. Tona kulit akan berubah . Tidur akan menggerakkan aliran darah kat kulit kita . Tapi tidur pon tah ke mane ,mula la esok pagi cari bedak tepek banyak-banyak 5inci .


5. Kita akan nampak sihat cergas ! Badan kita tak letih , tak lesu dan prodaktif kerja kita pon meningkat !


6. Bengkak mata berkurang . Bila kita tidur , cecair akan berkumpul keliling kepala yang separas dengan bantal . So , letak bantal tinggi sikit dan selesa . 






7. Kurangkan garam . Kadang2 kita suka makan snek malam2 tengok tv , lepas tu tidur pun kurang , mata akan jadi bengkak  sebab garam tu mengekalkan cecair . 


8. Buat air . Jadikan air masak air kosong  sebagai minuman utama. Kadang2 kita minum susu ke milo ke teh ke , buat kita tak leh tidur , dan takut2 kalau kulit kita jadi kering . So sebelum tidur dan bangun pagi sebelum gosok gigi , minum air dulu !

9. Jagalah kulit . Sekarang ni kan banyak produk . Guna la yang set lengkap tu . Ikut aturan dia. Nak tidur , pakai la krim mata . Tapi kalau makan pon sihat , badan pon sihat , semua nye lengkap , kalah cantik produk dari cantik semulajadi. Hehe . tapi tu masing2 la. Kite jage je la kulit kita badan kita kan ? 


10. Mandi air panas . Kalau aku rasa lesu mengantok je , memang mandi air panas . Tambah pakai scrub , sabun , cari limau purut , wangi2 gitu . Segar bersemangat aku .


11. Amalkan losyen. Aku suke yang ni ! Nak tidur , sapu losyen satu badan , sampai jari kaki , belai2. Sejuk wangi je rasa nak tidur . Lepas tu pakai stoking , lena ke pagi kau . 






Banyak benda yang macam ni kita terlepas pandang . 
Simple je . 
Tapi tak terbuat2. 
Jom !


Jul 18, 2012

Siapa Pembohong ?

Pernah bohong ? Pernah dibohong ? Pernah saling membohong ? BOHONG tak pernah !

Kalau orang biasa berbohong , bohong itu mesti dijadikan cita-citanya , tapi kalau kita biasa-biasa ni mungkin just hobi je lah kan .

Insan yang berbohong selalunya suara dia akan berubah . Banyak sangat intonasi suaranya , kejap merdu , kejap sumbang , kejap suara tinggi , kejap irama bollywood . Kadang-kadang gagap , kadang-kadang nak mengeja lagi perkataan . Intonasi suara dia mesti yang bukan biasa-biasa. Luar biasa .

Tak nak jumpa . Ada aje alasan nya. Lagi-lagi berkenaan hutang , atau kerja-kerja yang tak selesai . Kejap MC la , hantar anak ke klinik  la , sibuk la , anak jiran sebelah kampong punya anak tiri belah bapa angkat tiri kawin la .. ha macam-macam ..

Selalu korek sentuh hidung . Ni biasa jumpa . Hidung kau tak gatal jadi gatal . Jadi miang tiba-tiba pulak hidung ni .  Istilahnya penyakit Pinocchio ! Kau bohong hidung kau panjang . Asal panjang je hidung tu kau bohong . Andai ada la macam tu , semua takut berbohong ye dak ?  Tapi kalau dia korek hidung , dia tak bohong eh , tu benar-benar belaka. Dalam hidung dia memang gatal. Kalau ada jenis bohong dia tak garu hidung , tapi dia korek hidung sambil jentik kat kau , lari la. Jangan kau sambut pulak .


 

Dan satu lagi spesis , suka tutup mulut . Ni pon biasa pernah jumpa . Tak taw la masalah dia sakit bibir ke , mulut busuk ke , gigi terselit cili ke , hmmm ..

 


Tengok mata dia pulak . Lagi-lagi kalau betul-betul dia buat salah , renung mata nya , tenung mata dalam-dalam . Bila disuruh mengaku , mula tunduk-tunduk malu ayam . Tak pon dia teleng kiri kanan , sakit leher mungkin . Atau tiba-tiba kerdip mata banyak kali dari yang biasa . Ok masuk habuk mungkin .

Dia suka juga melengahkan jawapan . Hmmm. Errr . Haaaa . Urm .. Uhuukkk-uhhuuukkk .. Eehem-ehemmm..  Lama dia fikir apa jawapannya . Batuk lah dia , dehem lah dia .

Dia suka juga nak gelabah . Resah memanjang . Kalau dia duduk senget ke kanan , tiba-tiba senget kiri kanan , kejap ke depan ke belakang , muka dia pon macam ada tak kena , yang muka berjerawat satu hal , tapi muka macam gelisah tak tentu arah .. macam tu lah .

Haa jom jadi insan jujur . Tak payah bohong-bohong dah . Nanti bohong-bohong lama-lama mencuri . 

Curi hati mak ayah anak dara orang takpe .

Jul 17, 2012

TADIKA : Mengantuk



Bila hari Rabu je pasti menu mereka nasi lemak ..
Tahu-tahu je lah nasi lemak ..
Mesti berlemak krim manis aum aum baru sedap kan ?..

Dengan rasa sukahati lepas dapat sms call segala bagai ..
Ditambah pulak aku tidak perlu memarut kelapa , ..
Memerah santan hingga ke titisan akhir ..


Potong saja kotak SANTAN DAH HABISSSS !!!! 
*ala-ala iklan dalam tv gitu ok ..

Esoknya lepas rehat ,..
Yang sana menguap..
Yang situ menguap..
Yang sini pon menguap ..
Aku pon menguap ..

Hmm aku tak kesah la kan ..
Sebab penyakit menguap memang berjangkit ..
Takkan la aku tersalah ramuan masukkan pil khayal ..
Pil dadah ?

Selesai sekolah ..
Balik rumah ..

" Aik , berapa banyak kamu masukkan santan dalam nasi tadi " , ma tanya 

" Hmm kenapa ma ? "

" Ni tinggal sikit ni , banyak nya kamu letak .. "

" Erk , ye ke , "

*dalam hati  " patot la budak-budak tadi kuyu sesaja "

" Abis tu tak mabuk menguap ke budak-budak tu .. ? "

" Hmm , hehe ngan cikgu-cikgu nya mabuk ma .. "

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Haaa kau..
Mungkin syok pot pet sambil melayan tv tengah masak ..
Maaf anak murid ^^

Jun 13, 2012

Hari Mengantuk

Assalamualaikum .


Setakat kerja tiga hari ni mengantok saje ..
Sebab apa ?

Satu !
Mungkin bilik aircond ..
Dari pagi sampai ke malam volume aircond nye enambelas sesaja ..
Sampai dah rasa sejuk beku baru tercari-cari stoking ..
Dah macam orang pantang pon ade  berstoking tebal..


Dua !
Mungkin sebab GOLLLLL !!
 Ya . Sebab bola ..
Ok konon nak tengok game 11.55pm je ..
Tapi alang-alang lagi sikit je nak jam 2.55 ..
Tunggu je lah kan ..
Lastnya ...


      


 Gollll zzzzz !!
 Ni baru EURO ..
FIFA ? 


Ok mata dah macam ni 

   

Erk ?
Ye ke ?