Pages

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Aug 2, 2013

Kasih Terperangkap

Assalamualaikum

Kasih yang hilang. Unik. Terperangkap. Terperanjat. Ahhh.

Aku tewas
Kecewa
Frust
Menonggeng

Ahhh

Mana
Mengapa

Mana tak nya
Malam tadi kasih aku berputus

Pintu bilik kami tak leh bukak!
Alahai
Sape pulak kunci dari dalam
Pintu bilik air pon terkunci dr dalam
Kunci pon tak mau

Melangut tengok pintu
Dah la ngantok
Badan busuk
Konon balik awal heaven lahh

Tunggu punye tunggu tuan umah balik
Kot kot la ada kunci lain
Terlelap kt depan tv
Bunyi gedebuk buk gedegaang

Oke
Pecah bilik dilakukan
Taraaaa
Pukul satu baru dapat kasih sayang bantal

Haaa
Pengajaran
Elakkan anda menetap atau membina 2 bilik yg share 1 bilik ayor

Jun 11, 2013

Terperangkap



Adik kol malam tadi " Akak , boleh tak bawakkan itu ini , ni , itu , bla bla bla " 
" Bukan kau baru balek 2 minggu ke . Apa lagi ? "

Telekung tinggal lah. Tuala lah. Itu lah. Ini lah. Tengahari tadi memecut la aku laju nak hantar asrama dia. 
Lunch hour aku dah tak ghupe lunch tak .Mane main redah aku je le. Kene bebel kena marah ke lantak lah

Hari ni dah naik moto je.  Laaa awan pulak macam nak menangis. Selagi mau aku pulas .
Tapi tak la 120 , melayang laaa. Dah la badan macam takde berat badan 

Sampai ke asrama dia tanpa basah. Alhamdulillah . Tunggu punye tunggu . Mane adik aku .
Nun nampak dari jauh sengih menyerongeh lenggang mak ilai dia . 

Adik pon berbicaraaaaa
" Nah kak , tolong print kan , lepas tu tolong betulkan mane yang salah ye "muke selamba bagi pendrive 
"Lepas tu belikan kertas A4 yang packet besar DOUBLE A , belikan fail sekali ye "


Dengan perasaan geram bercampor sayang benci cinta rindu muah muah , memecut aku balek rumah nak selesaikan kerja dia ni . Ni la kalau dapat adik yang kemain manja berkilo2 mengade . Tak lama sampai rumah , berderuuu hujan turun . Seiring dengan hatiku yang menderu menangis. 
Kene buli dengan adik sendiri. Cehhh !

Dah ni  hujan , dok umah la dulu , takde la nak balek opis . Kat opis kompem hujan. 
Menunggu hujan sambil melayan magi goreng ADABI dan memprint segala kerja si budak kecik sorang tu .
Haih adik sorang pon kerja macam beribu2 orang .
Untung kau dapat kakak rajin macam aku .


psss !! Tempat korang hujan ?

May 26, 2013

Pandan oh pandan


ni hal pagi tadi 
geram tengok pandan dah beranak pinak kat umah 
bertimbun berumpun-rumpun 
dengan segala kudratnye 
melapangkan kawasan dari tumbuhan bernama pandan 

nama si pandan lain adalah 
pandanus amaryllifolius
ahhh dah macam bunyi pondan almari 
opsss jangan marah abang2 lembut 

tapi aku tak buat untuk renjis2 ni 
untuk buai cucu ke 
sebab aku takde majlis semua tu

tapi nak buat masak ni 
agar2 pon boleh 
buat ayam gulung pandan pon boleh 




tengok kemain banyak 
aku pon dah tak tau nak buat ape
takkan nak masak nasi lemak 
hari2 makan nasi lemak ?
haih berlemak2 la aku 

owh tadi tanye mak 
mak nak bawak ke kursus esok 
ade kursus urus jenazah katenye 
haaa elok sangat la tu 

tapi mau berbaki lagi setengah bakul 
sape nak ? 




sebahagian potpori 
letak kat bilik 
ruang tamu , bawah bantal , atas selimut , tepi almari , dalam tv 
atas bumbung , bawah rumah , .......................



May 24, 2012

#12 CHUP!



Sabda Nabi Muhammad saw :

Perbanyakkan membaca al-quran di dalam rumah-rumahmu,
kerana bahawasanya  rumah yang tidak dibacakan 
Al-quran sedikit kebaikannya 
dan banyak kejahatannya 
serta sempit ahlinya "