Pages

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Nov 11, 2013

YES !


Alhamdulillah
Selesai semua majlis anugerah semalam

Kenape Ahad ?
Biasa buat Sabtu kan
Tohhh aku pon tak tau
Aku menurut perintah je

Berakhir majlis semalam dengan harapan ade pengumuman cuti
Aaaaa
Takde rupenye
Menangis mencangkong aku kat pentas

Hari ni takde aktiviti beriye pon aku buat
Penat tak habis
Masuk library baca buku

Gile suke diorang ni bagi baca buku
Haih bertuah anak sape la ni

Hum
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat



 YES !


Ho ho ho ho ho liday !
Holiday !

Oct 29, 2013

Ucapan Untukmu





Untukmu 
Ucapan ringkas dari ku 

Doa ku sentiasa mengiringimu 
Semoga kau berjaya dunia akhirat

Amiin 


Khamis ni ada program mesra ibu bapa
Perjumpaan antara pengajar dan penjaga
Perbincangan tentang hal masa depan mereka
 
Uish getar rasa nak tercabut tudung pun ada

Dulu kita je tiap tahun bawak mak ayah jupe cikgu
Dengor perangai kite camne
Exam kita teruk atau nyawa nyawa ikan je ke
Terkucil dalam kelas ke
Suka main aci kejar 

Kali ni kita pulak
Haih 
Dah la kali pertama

Sebab penjaga diorang ni bukan calang-calang orang 
Anak dato' pon ada
Dato berpangkat ada
Datuk bertongkat pon ada

Dan penjaga zaman kini tak macam zaman dulu 
Lain sangat 
Nak jumpa penjaga yang pesen bagi lesen kita boleh buat apa saja seribu dalam satu pon belum tentu 

Oct 18, 2013

Pagi Mata Terbalik


Mornings kenkorangs
Aish sekejap je dah jumaat kan 
Pejam celik sekali dah jumaat 
Sungguh pantas cepat dan mesra ye kau wahai masa

Pedih mata aku dibuatya malam tadi
Tebalik biji mata hitam aku dibuatnya 

Tengok nombor sebut 
Tengok kalkulator tekan tekan 
Tambah tambah eh tolak balik eh bahagi pulak

Baru tau rasanya sorang pemeriksa kertas memeriksa kertas
Memeriksa satu hal 
Menambah markah hal lain 
Belom campor tulisan kacukan tu 
Aku pon tak tau la tulis huruf ba dah macam tiga 
Huruf T dah macam lukis aku 
Haaaaaaa







Tu la kekasih aku malam tadi
Pen ke bape tah aku guna

Kalkulator tu kecik
Dah la rabun kambing
Kalkulator yang besar sape amek tah
Heee

Aku pon taktau la sampai kol bape aku stay
Sampai nyamok pon tak larat nak teman aku
Punya la kenyang nyamok terbang pon tak larat dah hisap darah aku

Mesti nyamok gembira malam tadi aku bukak pesta menderma darah 
Aish 

Oct 16, 2013

Aku Keliru atau Budak Keliru





Alamak tersenget lak gambor
Haaa senget-senget la kepale korang 
Nak baring ke
Nak pusingkan laptop ke 
Dah pandai kan korang 

Aku tak pasti la budak ni terlebih yakin ke 
Atau aku yang lebih yakin mengajar 

Keliru aku 

Bila kita dah ajar beriye-riye tapi soalan senang camni leh salah semua 
Mau jugak kembang rambut dibuatnya 

Tapi kalau bagi kita senang bagi dia susah pon tak boleh jugak kan 
Mungkin dia keliru tu penggunaan kalimah haza dan hazihi 
 
*lap air mata meleleh*

Penggunaan haza dan hazihi aku dah ajor
Haza untuk muzakkar 
Lagi senang..takde huruf ta marbutoh di hujungnya 

Hazihi untuk muannas
Yang ada ta marbutoh kalimah hujung nya 

Contoh macam gambo atas tu 
Dia tebalik 
Yang haza untuk muannas
Hazihi untuk muzakkar 

Dah salah semua 
Sayang je duepoloh markah

Eh paham tak aku cakap ni 
Kalau korang tak paham 
Korang pon buat aku menangis 

Mencik mencik !




*lap hidung ngan baju*

Malas Botingkek-tingkek





Botingkek-tingkek kertas periksa haaa
Diorang habis exam jumaat
Lepas tu merdeka bercampor cuti lima hari !
Sabtu ahad isnin selasa rabu !
Yeay !

Aku pon merdeka terus
Tak hengat dunia merdekanya

Jumaat ni markah kena hantar ke pejabat dah
Yeay !
Malasnya !
Bersengkang mata la kau hari ni



 



Lembu pon menyesal tengok perangai kau ni
Dia kata
Korban la sikit cuti tu tanda kertas exam
Jangan tau nak makan aku je

Sep 24, 2013

Mengajar Sampai Pitam


Assalamualaikum

Salam sejahtera selamat petang semua
Dua hari ni tak tau ape letih sangat
Nak kata berlari pon tak
Nak kata masuk acara menganyam ketupat , raya dah habis

Nakalnya budak2 sekarang ni
Tak terlarang2
Aku ke sana dia ke sini
Aku ke sini dia ke bucu sana
Haish

Last2 tadi aku nak tumbang dalam kelas
Konon baru nak melangkah keluar kelas

Oh rasa melayang
Pegang pintu pegang meja
Nak tumbang dah
Pitam tiba
Tahan dan tahan berjalan ke kelas sebelah

Grrrr
Nasib baik kali ni boleh cover-cover cun lagi
Aku kalau pitam memang tak boleh tahan
Terus tumbang lelap mata terus

Ish
Baru nak beriya sambung PJJ
Cenggane nih

Sep 22, 2013

Seminar Bersinar

Hai hari ahad cenggini
Sedap wooo lepak silang kaki depan tv
Waktu tengahari
Masuk dapor masak keli

Tapi
Disebabkan tanggungjawab dan amanah yang diberi
Peribadi tolak tepi

Masuk dewan
Kita ikut arahan
Kita dapat pengalaman

Wooo seminar woo seminar

Sep 11, 2013

Sejuk Hati


Tengah2 darah tinggi tanda buku budak2 ni 
Selak punye selak 






Haaa sejuk hati kan 
Suruh lukis corak kan
Tu la coraknya

=)

#Kembang semangkok sekejap


Sep 10, 2013

Rampasan

Assalamualaikum

Malam2 semua
Huuuu errrr grrrr
Sejuk kau
Terketor
Cecah kuku dalam air terus jadi ais

Tapi sejuk2 pon kebahangan harimau
Budak2 pulak semakin sejuk semakin aktif
Lagi kita becakap lagi dia becakap
Tapi bila bunyi pong !
Pop ! Pong !
Haa aku tau
" Saya dengar bunyi tu , saya nampak..bagi kat saya sekarang ! "





Nampak tu 
Minggu lepas dapat satu 
Isnin dapat dua 
Hari ni dapat M16 
Siap peluru lagi ha 

Yang kuning kecik tu pistol api 
Memang kuar berasap 
Macam pistol kapur 

Yang M16 tu dengan peluru kuning tu 
Tu paling bahaya setakat yang aku rampas
Balik umah tadi aku try 
Sekali tembak keluar tiga bijik dan terus pecah 
Tu kalau kena mata boleh buta wooo

Haiyya
Ni esok senapang M ape pulak keluar

=,=


Sep 4, 2013

Kuih Naik Angin

Assalamualaikum

Selamat beristerirehat 
Eh

Kena banyak rehat lepas ni
Rehat
Sapu minyak angin
Eh minyak lagi

Pagi tadi dok melayan mimpi
Tah pukul bape tah
3 kot 4 kot
Tet teeet teeet teeett
Haa alarm kereta sape pulak bunyi oii
Tak mungkin pecah masuk
Tapi dah pecah masuk telinga aku
Bangun terkejut
Mau tak angin
Humm

Sakit kepala ape nak sarapan kan
On de wey ( nampak tak kerosakan bahasa situ )
Pi beli kuih
Itu satu
Tu satu satu satu satu
Ni satu

Aku pon bagi due hengget
Makcik : " terima kasih ye , jual "

Haaa ?
Aku terpinga angguk
Naik moto blaahh

Eh 5 ketol 2 hengget
Dah kenapa kuih ni
Ingat sebab minyak orang je naik angin
Kuih pon naik angin

=,=

Jun 11, 2013

Terperangkap



Adik kol malam tadi " Akak , boleh tak bawakkan itu ini , ni , itu , bla bla bla " 
" Bukan kau baru balek 2 minggu ke . Apa lagi ? "

Telekung tinggal lah. Tuala lah. Itu lah. Ini lah. Tengahari tadi memecut la aku laju nak hantar asrama dia. 
Lunch hour aku dah tak ghupe lunch tak .Mane main redah aku je le. Kene bebel kena marah ke lantak lah

Hari ni dah naik moto je.  Laaa awan pulak macam nak menangis. Selagi mau aku pulas .
Tapi tak la 120 , melayang laaa. Dah la badan macam takde berat badan 

Sampai ke asrama dia tanpa basah. Alhamdulillah . Tunggu punye tunggu . Mane adik aku .
Nun nampak dari jauh sengih menyerongeh lenggang mak ilai dia . 

Adik pon berbicaraaaaa
" Nah kak , tolong print kan , lepas tu tolong betulkan mane yang salah ye "muke selamba bagi pendrive 
"Lepas tu belikan kertas A4 yang packet besar DOUBLE A , belikan fail sekali ye "


Dengan perasaan geram bercampor sayang benci cinta rindu muah muah , memecut aku balek rumah nak selesaikan kerja dia ni . Ni la kalau dapat adik yang kemain manja berkilo2 mengade . Tak lama sampai rumah , berderuuu hujan turun . Seiring dengan hatiku yang menderu menangis. 
Kene buli dengan adik sendiri. Cehhh !

Dah ni  hujan , dok umah la dulu , takde la nak balek opis . Kat opis kompem hujan. 
Menunggu hujan sambil melayan magi goreng ADABI dan memprint segala kerja si budak kecik sorang tu .
Haih adik sorang pon kerja macam beribu2 orang .
Untung kau dapat kakak rajin macam aku .


psss !! Tempat korang hujan ?