Pages

Jun 29, 2012

Cendol !


Gambar : Cendol Jagung 

Lokasi : Cendol Durian Borhan Bt. 2, Pasir Penambang, Kuala Selangor.

No.Tel : 017-6573096 atau 017-2914630.

 

Ibu Kaki

Jalan punya jalan ..
Lari punya lari .

Pucchhh !
Ibu jari kaki ku terlipat sana sini ..
Kruk krok krup pruk ..
Sampai macam tu bunyi ibu jarinya sekali ..


Hasilnya ..

Jong jong inai ..
Mak Ipong Rajawali ..
Jalan sana sini ..
Berdarah ibu kaki ..

Jalan takleh nak laju ..
Pakai selipar dengan sekadar berhatinya..
Sekadar minyak gamat penawar jariku..
Semoga sempat sembuhnya ..

Jun 28, 2012

Kena Penampar

Auch !
Pannggg !
Sakitkan kena penampar ..
Rasenya mesti ada yang merasa ..
Tak kena penampar panggg nya ..
Kena penampar manja kan ?

Aku ..
Penampar manja pon tak , penampar sakit pon tak ..

Mencari barang , 'barang' lain yang dapat ..

Di gerbang malam ..

Jalan dengan muka tenang nak keluarkan duit ni ..
Baru jalan nak masuk ..
Tiba2 ..

Paaanggg praaapppp pop pup kebapop..
*macam over
Burung menghinggap lalu menampar muka ku ..
Sayapnya yang agak lebar memang cukup2 kat pipi ni ..
Bukan lima jari dah ni ..
Lima ratus jari burung ada ni ..

Haaaa. !!
Itu kalimah pertama keluar bila penampar menjelma ..

Kakak yang berjalan ngan aku gelak ketawa habis ..
Huh ..
Bape pasang mata tengok ni..
Tak sempat nak kira sebab aku lemah congak ni ..

Burung ape agak2 nya ?
Kenari ? Kakak tua ?

Ni burung nya ..


Burung jantan mungkin .




Terima kasih pakcik jual kat saya burung ni ..


Jun 27, 2012

Hari Sukan !



Perihal Temasya Sukan di sebuah sekolah ni ..
Majlis sukan ni sudah kali ke-30
Tapi ..
Mereka baru merasa memakai pakaian sukan seragam kali ke-3 ..
Lihat ! Tengok ! Ada lagi anak Islam kita masih serba kekurangan ..
Tapi tetap meriah sukannya ..
Paling aku rasa sedih terharu , bila mereka seronok dapat baju baru !
Keadaan sekolah yang kecil dan serba daif membuatkan ku rasa insaf kejap .
Ada lagi yang lagi susah dari aku ..

Tahniah buat cikgu dan staf sekolah!

Jom sertai kemeriahannya !




























Jun 25, 2012

#17 CHUP!



Kagum Dengan Keperibadian Khalifah Umar 



Seorang utusan dari Iraq mahu berjumpa dengan khaifah . 
Oleh sebab tiada kenalan di Madinah , dia pun menginap di masjid.
Melihat lelaki Iraq itu berbaring selepas solat ,
Khalifah mendekatinya dan bertanya apa tujuannya.

Jawab lelaki itu , 
" Saya utusan Iraq , saya ingin mengadap Khalifah Umar bin Al-Khattab "

"Kenapa kamu tidak terus menemuinya dan mengkhabarkan berita yang kamu bawa  "

" Sekarang ni sudah larut malam . Tidak mungkin saya mampu menemuinya malam-malam begini malah tentu khalifah pun tidak mahu menemui saya "

" Khalifah pasti mahu menemui kamu . Sekarang ini pun kamu sedang berhadapan dengan khalifah . "

"Maksud saudara ? "

" Sayalah Khalifah Umar bin Al-Khattab . "

Lelaki Iraq itu bingung lalu hampir pengsan kerana berhadapan dengannya .
Dia hairan , di tengah malam begitu masih berada di masjid .

" Kamu jangan terkejut , walau saya khalifah , saya juga hamba . 
Jika sepanjang malam saya tidur , bermakna saya sia-siakan waktu saya untuk beribadah . 
Jika saya tidur di siang hari pula , bererti saya lupakan kewajipan saya sebagai pemimpin  . 


#18 CHUP!










Baru-baru ini ada orang cakap pada saya - "Majlis kahwin yang sederhana, adalah yang bawah RM10,000." Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

1 - Sederhana itu subjektif. Ianya bukan diukur dengan angka. Tetapi ianya diukur dengan kemampuan.

2 - Pada saya, majlis kahwin yang sederhana itu adalah yang berada dalam lingkungan kemampuan pengantin dan keluarganya, seterusnya dia masih punya wang yang cukup untuk meneruskan kehidupannya. Tidak pula dia berhutang. Itulah sederhana.

3 - Ada orang dia ada duit. Dan dia ada kemampuan untuk jemput ramai orang. Maka pastinya kos dia jemput ramai orang itu, tinggi. Apakah dia tidak sederhana? Ada orang, dia tak ada duit banyak. Jadi dia hanya mampu jemput sebilangan orang. Maka pastinya kos dia jemput sedikit orang itu, rendah. Apakah dengan itu, kita kata dia bersederhana?

4 - Sederhana ini bukan diukur dengan wang yang dikeluarkan. Dia diukur dengan perjalanan majlis. Apakah punya perkara-perkara yang tidak syar'ie? Itulah yang tidak sederhana. Apakah dia berkahwin sampai berhutang-hutang untuk majlisnya kelihatan hebat? Itulah tidak sederhana. Apakah untuk memewahkan majlisnya, dia hingga tidak punya duit yang selesa untuk meneruskan kehidupan berumahtangga? Itu tidak sederhana. 

Apakah ianya diraikan penuh harmoni dan dalam batasan syara', gembira dan mengeratkan silaturrahim, membuatkan yang datang menjadi bahagia dan lega? Maka itulah dia sederhana. Walau semahal mana pun majlisnya.

5 - Saya perasan memang di Facebook ini banyak orang ajak kahwin dengan kos murah. Siap buat kira-kira itu dan ini. Ada satu perkiraan itu, saya tengok, kosnya RM2,000 sahaja untuk kahwin. Saya dahulu senaif itu juga. Saya dulu, nak bajet kahwin RM2,000 juga. Nak biskut cecah teh atau bee hun goreng sahaja sebagai hidangan.

Tetapi saya nampak, berbanding kos murah ini sebagai alasan untuk berkahwin menjadi lebih berkah, ianya lebih banyak digunakan sebagai alasan untuk mereka yang tidak matang terburu-buru hendak melaksanakan perkahwinan. Lantas Ibu Bapa dituduh tidak sederhana, nak mahal-mahal dan sebagainya.

Jangan pandang enteng dengan duit. Kahwin memang boleh kalau nak sangat RM2,000 sahaja kosnya. Boleh. Tetapi kena sangat-sangat beringat, bahawa kita ada kehidupan yang panjang selepas kahwin. Itu semua perlukan duit. Bil air, bil eletrik, bil internet, duit minyak, barang dapur, sewa rumah. Nanti ada anak, barang-barang keperluan anak pula. Kena consider semua itu.

Terburu-buru tidak akan membawa makna apa-apa. Kahwin untuk hidup. Bukan hidup untuk kahwin.

6 - Jadi jangan ukur kesederhanaan itu dengan duit yang murah. Kesederhanaan terletak kepada kemampuan. Dan mahalnya majlis perkahwinan hakikatnya bukan pada hiasan dan sebagainya. Tetapi pada berapa ramai jemputannya. Yang punya ramai kenalan dan berhajat nak raikan kenalannya, kenalan ibu bapanya, memang kos majlis akan tinggi. Dan jika dia mampu, serta itu tidak membebankannya, mengapa tidak dia raikan semua itu?

Sederhana itu bukan pada berapa mahal atau berapa murah.
Sederhana itu adalah pada majlis yang syara' dan diredhai Allah.

Asal ikut syara', dan tidak berhutang, serta punya wang yang mampu untuk penerusan kehidupan berumahtangga, itulah dia sederhana.

---------------------------------
Ramai sibuk nak murah-murah ini, banyaknya sebab nak kahwin awal.
Kadangkala, disumbatkan isu kahwin kena murah ini, membuatkan orang gelojoh dan terburu-buru. Sampai lepas SPM pun terus-terus nak kahwin. Dah sibuk bercinta dari tingkatan tiga, sebab katanya kalau setakat RM2,000, mampu sahaja dia nak kahwin.

Anak-anak suka berfikir pendek. Saya sudah ada pengalaman.

Alhamdulillah Ummi sudah didik saya. Awal-awal Ummi sudah sebut:
"Kahwin, RM20,000."


Buat saya usaha untuk cari kerjaya, berdikari, mematangkan diri, mendisiplinkan diri dalam perjalanan saya nak capai angka itu.




''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Kenyataan dari Hilal Asyraf .
Benar katanya dan setuju sangat katanya . 



Jun 24, 2012

#16 CHUP !



Syeikh Abdul Wahid (rahmatullah' alaih ) berkata bahawa 
pada suatu hari dia sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu .
Lalu beliau bermimpi melihatkan seesorang wanita yang sangat cantik berpakaian sutera hijau .
Keseluruhan badan itu dan kasutnya dalam keadaan berzikir .

Wanita itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid :
" Adakah engkau mahu memiliki diriku kerana aku begitu mencintaimu ?"

Lalu wanita itu membacakan serangkap pantun yang menceritakan 
keinginan dan kerinduannya kepada seseorang kekasih . 
Apabila Syeikh Abdul Wahid terjaga daripada mimpi , 
dia berazam tidak akan tidur pada waktu malam lagi 
dan dia mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada waktu sama .


Jun 23, 2012

Uncle Bob


Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat 
Sabtu 
Ahad
Hari-hari ada pasar malam 

Antara yang aku cari adalah ..




Ayam !
Mestila ayam kan dah gambar ayam 
Takkan la gambar ayam isinya gula-gula

Harga rm5 ..
Sedap ni !
Selalu minta ..
" Nak lebih pedas kak , bubuh banyak .. haa banyak lagi , lagi "

Kalau dapat sepuloh orang macam aku bankrapppp


#15 CHUP !




Daripada Abu Hurairah r.a katanya ,
dia mendengar Rasulullah SAW  bersabda ,
" Sumpah itu melariskan dagangan , tetapi menghapus keberkatan "

Sahih Bukhari 


Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II



miss Z berceloteh  


Pengikut ku duaratossslapanpulohempat orang

Negeri asal Selangor 


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Segmen sambil berbola GERMAN vs GREECE !!



Jun 21, 2012

TADIKA : Angry Bird

" cikgu , kenapa pensel dia angry bird merah , saya nya kuning , nak merah jugak "

"cikgu , pemadam ni takde angry bird pon "
"memang la , ni kan kamu beli sendiri "
"nak tukar cikgu ? "
"haaa ... ?? "

"cikgu , tengok kasut saya ade angry bird , cikgu takde .. haaa kamu pon takde taw ! "

"cikgu , lukiskan angry bird kat sini ... "

"pernah main game komputer  murid2 ? "
"pernah .. "
"main apa ? "
"angry birdd !!! "

"kat rumah kita kan ada angry bird besar macam ni ... "

"kat rumah kita pulak angry bird nya banyak ...  "

"kita ada angry bird macam ni .. "


ANGRY BIRD !
Haaa angry aku dibuatnya ..
Huh ..
Angry bird sesaja ..
Alat tulis budak-budak ni semuanya angry bird ..
Sampai alat tulis yang sekolah siapkan pon ..
Stoking , pensel , pemadam , beg , keychain beg , semuanya angry angry angry bird bird ..
Hadoiii ..
Sampai cikgu nya nak jadi angry bird pon ada ..
Ni anak sekarang ..
Anak akan datang .. ???

    

Yang mana satu pilihan anda .. 


Jun 19, 2012

Bos Pesan ..

" Minggu ni saya ada pegi perasmian majlis sukan ya , saya kena berucap "

" Oh bos ye ka , tahniah . "

"Tolong buat kan ucapan , saya dah buat , tapi macam tak sedap "

" Ok , saya cuba . Saya buatkan "


Balik awal dengan gembira dengan mengharapkan dapat tengok bola pagi tadi 2.45 am..
Disebabkan teruja tengok bola ..
Dah tinggal tiga malam tak tengok ..


Konon pegang pen ngan kertas sambil tengok bola ..
Eceh !
Mata tak berkedip kat skrin ..
Kertas kosong !
Kosong !
Kosong !


Haaaa
Pagi ni !
Tak siap lagi teks ucapan bos kau !


Ok !
Pak Google help me !
Lain kali buat lagi cik keli macam ni !

Jun 18, 2012

TADIKA : Masak-masak

Assalamualaikum .


Korang pernah tadika ?
Pernah .

Pernah main masak-masak ?
Pernah ..

Guna apa ?





Antara bahan-bahannya :

Kertas diracik-racik
Pensel dipatah-patah
Pensel warna diasah-asah
Pembaris biru dihiris halus-halus
Pembaris merah di potong tebal-tebal
Pemadam ditumbuk kasar
Secukup rasa garam 

Cara-cara :

Panaskan minyak dalam bekas pensel .
Tumiskan pemadam sehingga naik bau .
Kemudian , masukkan bahan-bahan lain
Tumis dalam masa beberapa minit atau hingga ia nya masak , angkat .
Siap untuk dihidang .




Yaa itu la resepi budak-budak..
Habis sume pembaris dipatahkan ..
Pemadam dihiris dipatah-patahkan ..
Bersepah sampah satu hal ..
Patah jiwa dibuatnya ..

Baru anak zaman sekarang..
zaman akan datang macam mana pulak ..
Apa pulak yang digadaikan budak-budak nanti ..

Adoi alat tulis ku !



Sarapan Harian

Assalamualaikum .


Sarapan hujung minggu anda ??
Nasi lemak ?
Roti Canai ?


Aku ?
Hampir hari - hari ini sarapan aku .






Dah macam budak kecik pon ada ..
Tapi ini yang sedap ..
Lagi-lagi kalau free..
Lagi-lagi office yang bagi ..

Terima kasih bos yang sentiasa sediakan kelengkapan perut ku ..

 

Jun 13, 2012

Hari Mengantuk

Assalamualaikum .


Setakat kerja tiga hari ni mengantok saje ..
Sebab apa ?

Satu !
Mungkin bilik aircond ..
Dari pagi sampai ke malam volume aircond nye enambelas sesaja ..
Sampai dah rasa sejuk beku baru tercari-cari stoking ..
Dah macam orang pantang pon ade  berstoking tebal..


Dua !
Mungkin sebab GOLLLLL !!
 Ya . Sebab bola ..
Ok konon nak tengok game 11.55pm je ..
Tapi alang-alang lagi sikit je nak jam 2.55 ..
Tunggu je lah kan ..
Lastnya ...


      


 Gollll zzzzz !!
 Ni baru EURO ..
FIFA ? 


Ok mata dah macam ni 

   

Erk ?
Ye ke ?



Jun 11, 2012

7hari 7malam


Assalamualaikum .



Sibuk ..
Busy ..
Tak sempat ..
Banyaknya..
Haaa ada lagi ...
Ni nak apa pulak ni ..


Haaa kejap saya kira ..
Kejap saya tanya bos ..
Ada lagi ke ..
Nak bila ..
Kalau lambat sikit boleh ..


Cepat cepat cepat ..


Ni la antara kata-kata yang keluar dari mulut kalau kerja mula banyak ..
Tak rupa apa dah meja ..
Nasib baik muka ade rupa lagi ..

Mula lah nak guna mouse tapi terpegang henset  ..

Mula lah nak amek pen terambil gunting..

Mula lah salah panggil nama ..
Sampai nama panggilan di rumah ke pejabat ..

Mula lah pulak makan pon lupa..
Taw2 dah pukul dua ..

Mula jugak kerja terkejar masa ..
Sampai balik pon jam luar biasa ..

Takpa ..
Merungut sesekali  jangan dalam kerja ..
Kita  suka ..
Bos ria ..
Ibadah dalam kerja ..
Semoga Allah redha ..






'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

  


Jun 9, 2012

Jun 5, 2012

Kerusiku !!



  


Seronok oo pakai kerusi ni bila kerja..
Kalau kenyang boleh sandar kepala ..
Lepas tu mata mula lena..
Mulut ternganga..
Keluarlah air lautan jadi peta...
Tapi aku tak laa..


Mula2 jumpa kerusi ni masa sekolah rendah ..
Pantang cikgu offer ..
" Duduk lah sini kita bincang sikit .. "
Terus duduk tersengih-sengih macam kerang busuk ..
Taktaw ape yang happy nya ..
Yang suke sangat nye pon sebab kau boleh pusing-pusing dan naik atas bawah je pon ..
Memang jakun ..


Tapi satu je masalah kerusi ni dengan aku ..
Kalau aku duduk tetap jadi tinggi ..
Langsung tak turun-turun kerusi ni ..
Nak ikot keselesaan aku pon susah ..

Jadi ?

Aku kena hentak-hentak badan aku ..
Atau aku kene melutut atas kerusi ni ..
Dan aku pernah minta tolong kawan sekerja aku yang lebih comel badannya untuk turunkan ..
Hodoh tak hodoh sopan tak sopan..
Aku nak gak kerusi ni rendah ..
Janji aku selesa nak menaip , tengok skrin , 

dan berpusing-pusing gaya roller coaster

dan  lena
Eh terlena .. Haaa ..

 

Jun 4, 2012

TADIKA : Kena Tipu !

Assalamualaikum 



Hari ke berapa tak ingat dah citer aku ni ..
Kes aku kena tipu ..
Bukan gores dan menang ..
Ni cikgu terguris budak menang ..
Adoi !


Dah le aku memang tak sempat jumpa cikgu nya ..
Main ganti orang sesaja ..
Nak kenal budakbudak ni memang ini lah gayenya ..


" Cikgu ! Nak kencing ! "  angkat tangan sambil pegang seluar 

" Haaa cepat2  "  sambil buka pintu kelas 

" Cikgu ! Nak juga !"  jerit sorang budak lain 

" Ok , haa cepat sekali "


di tandas 


Sorang  dah selesai .

" Ha sayang , kamu pulak "

"Tak nak la cikgu , tak rasa nak kencing pon , saja ikut dia "  muka selamba sambil geleng kepala 

" Haaa ? Tipu cikgu ya "


Yaaa yeehaaa ! Tipah tertipu .
Ok kenal dah budak mengade nak keluar kelas !
""""""""""""""""""""""""""

Maaf guna  'kencing'  di sini ^^




Jun 3, 2012

Esok !!





  

Oh nooo !!


*sudah tutup mulut tu 

 
Esok Isnin !
Hari ini Ahad !
Semalam Sabtu !
Kelmarin Jumaat !
Semalam lagi Khamis !


Semalam semalam semalam lagi !
Rabu !
Selasa !
Isnin !


Haa begitu la berulang-ulang ..

Hari-hari kerja lalalala 
Hari-hari kerja ...
*versi Meet Uncle Hussin 


Baru dapat rehat sehari Ahad ..
Dah malam ...
Esok Isnin...


Esok bossss takde ..
Tak bermakna ..
Aku boleh suka ria ..
Kerja depan mata ..
Jangan dok goyang kaki pusing-pusing kerusi saja ..


Kerja itu ibadah..
Selamat ber ISNIN semua ..



Jun 2, 2012

Raja Sehari vs Setan Sehari



Musim cuti sekolah ni sesaja ada kendurinya. Satu hari sampai satu dua tiga empat lima enam tujuh lapanratussembilanpulohsembilan kenduri . 


Seronok tengok macam-macam ragam gaya kenduri ni. Ada yang mencuit hati .. Ada yang menyayat hati .

Yang mencuit hati nya telatah pengantin macam budak-budak pon ada kan. Biarlah dema nak mengada pon tapi jangan over lah ya pengantin sampai hentak-hentak kaki tumit tinggi sebab suami tak suapkan masa makan beradab. Memang kene ketok la kau ngan tanjak.

Yang menyayat hati nya , jangan la sampai lupa Tuhan . Ni bini dah dapat kau lupa Tuhan. Baru bini belom anak bini . Haaa payah la tu .


 Aku tak cakap pasal perempuan sebab aku fikir positip je yang mungkin mereka cuti-cuti holiday lah kan . Tapi laki memang aku fikir separoh negatip separoh positip. Satu aku fikir mereka solat jama' .

Owh kepala ku sila fikir positip postip !


Tapi bukan pengantin saja kena ingat ni. Mak ayah pengantin pon sama la ya. Jangan dok ralat sangat dapat menantu lelaki peramah macam Mariah Carey dan menantu pompuan secomel aku (sila sedia baldi nak muntah ) sampai tak solat pakcik makcik oi .


Menantu menantu jugak , tapi jangan jadi hantu .
Raja sehari ya ya jugak , tapi jangan jadi setan sehari .
Jadi kepada bakal-bakal menerima menantu , bakal-bakal raja sehari dan seisi sekeluarga ..
Tak nak la hari bahagia kita ke neraka kan ..Hari bahagia hingga ke syurga yang kita mahukan ..


 Selamat Pengantin Baru ! Semoga bahagia bawa ke syurga . 



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ok bila pegi majlis-majlis ni rasa syok nya kawin . Haaa tolong jangan berangan (sambil tampor pipi ) !!

 

Jun 1, 2012

TADIKA : Shuhhh Setan !


Assalamualaikum .


Kebiasaan sebelum mula pembelajaran , aku akan mulakan dengan memanggil sorang-sorang budak membaca surah al-fatihah dan surah-surah lazim . 
Tambahan bagi budak 4 Tahun , aku kenalkan huruf arab .
Budak 5 Tahun bacaan iqra'
6 Tahun pula  iqra' dan tambahan surah lain.

Jadi sorang - sorang ku panggil ..



Bismillahirrohmanirrohim...
Alhamdulillah .....

Aminnn .

selesai al-fatihah 

Bismillahirrohmanirrohim ..
Qul ....

surah al-ikhlas 



Huwahh . Aku menguap .


Bismillahirrohmanirrohim .


 
Huwahh . Menguap lagi .


Alif 
Ba
Ta


Ya

Menguap


Huish setan ape ni kat mulut dengan mata aku ..
Gamaknye ni yang bapok punya ..
Nasib budak-budak ni tak menanya aku kenapa menguap sesaja.

Shuuuhhhh syaitooon !!!