Pages

Jul 31, 2013

Beg Serbaguna

Assalamualaikum

Wa hari ni mengantuk sangat
Wa tak tau buat ape

Wa termenung tengok ini saja

Waaaa
Besarnya waa menguap

Terima la dari daiso
Beg berguna wa
Dalam tu wa isi telekong, bedak tuala vaseline,  charges,  stokin dan apa selagi muat

Mulut wa pon muat nak isi makanan hari ni

Jul 30, 2013

Maruku Ooo Maruku

Assalamualaikum

Selamat memasak kpd yg tido
Selamat tido kpd yg bekerja
Selamat berpuasa kepada yg berbuka

Dan aku menanti maruku dengan kesabaran

Sungguh sabar

Buka pose ni, aku nak ni dulu

Konon lah kan
Sekali kau berbuka makan tembikai,minum sebelum air,murtabak lima keping, tak pandang kiri kanan dah..pandang atas je. Terbelahak punye pasal

Haih

Yeayyy Berjaya

Setelah sekian lama menanti line celcom yg tak bape nak hensem ni kembali kacak

Ku godek sana sini
Dapat jugak ku menghapdate kan diri

Muahaha

Salam 21 ramadhan

Haih bau bubur lambuk dr jauh

Jul 25, 2013

Minggu Pelaburan

Assalamualaikum

Salam 16 ramadhan
Lama tak berhapdate kau

Dgn wi-fi probe nye. Fon pun sama nak ikut gak mengada nya

Akhirnya dengan semangat yang girang riang raya. Langkah dengan penuh ketekunan ke low yat

Usha sana atas bawah kiri kanan. Ambik sebijik tepon

Cucuk duit. Nah puas hati. Tambah puas hati lg. Pegi pavi puaskan hati limpa

Balik makan bukak pose kat TS sekenyang2 nya sampai lif pon nak bawak aku serba salah

Selasa semalam keluar duit lg makan kenny. Konon menyambut besday la kan

Haaa minggu duit keluar mcm ayor..tapi pelaburan puas hati utk minggu ni

Hewhew

Jul 16, 2013

Klinik


Assalamualaikum 

Salam 7 Ramadhan . Kejap je kan . Tup tap tup tap dah seminggu. Esok lapan . Sembilan . Sepuluh . Sebelas dua belas dua puluh .... dan seterusnya .

Hari ni punya 7 ramadhan . Memang mencabar . Padahal hari biasa pon sama jugak . Cuma bila perot kau tak de air takde makanan. Mula mengada kata mencabar sikit hari ni  >,<'

Takpe lah . Puasa kan .

Kisah nak pergi klinik . Konon nak pegi pagi . Oh nanti lah petang .Pergi klinik area2 perumahan sini je . Malas aku nak menghadap  jem yang tak berapa nak rasa nenas atau stoberi .

Klinik pertama . " Oh adik , doktor hari ni masuk pukul 3 " Oh nasib baik panggil adik , boleh senyum meleret aku . '' Oh ye ke, thanks .

Klinik kedua
Tutup 

Klinik ketiga . Oh klinik wanita . Untuk baby dan ibu baby .
Cancel . 

Klinik keempat . Cuti dari 7hb - 16hb July 2013 

Oh oke 

Klinik kelima . Bapak ramai nye orang ! Beratur sampai ke luar . Oh rezeki kau hari ni . 

Klinik keenam . Klinik haiwan . Aku takde ikan nak bawak jupe doktor la .

Ketujuh ?

Klinik Kesihatan Taman Medan . Nah kau dari subang tadi mengala ke PJ terus . Dengan hujan lebat . Terpaksa aku singgah petrol pam betul2 depan sunway piramid. Akal aku satu je tadi, kalau hujan lama lagi . Nak naik jejantas pegi sunway . Haa kau sakit nak pegi masuk singa . 

Mula2 masuk aku rasa pelik kenapa sume nampak orang pegi baby. Ye la , first time masuk klinik sini . Ahhh aku dah la tak bawa baby . 

Tengok atas 

Ohhh pesakit luar ke kiri ye .

Ada la dalam sejam jugak . Selesai . Seringgit . Sejam seringgit . Agak berbaloi .

Tapi kepala aku dah pening . Kena hujan .

Aku kan beroda dua 

=) 

Selamat berbuka dan berterawih malam 8 ramadhan 
 

Banyak berbakti


Assalamualaikum

Oit keli , kau tak masak ke. Ni siap update lagi kan. Tak masak dah semenjak dah berhijrah .

Dari rumah ke Puduraya

Puduraya ke KL Sentral 

KL Sentral ke Subang Jaya 

Subang Jaya ?

Haa dok sini la kau . Musafir ramadhan lah kau kan . Takde dok berkepit dengan mak ayah . Ekau dah bosar , dah bulih beza warna ungu dan coklat . 


 senget eh gambar nye



Terima kasih beg . Ke hulu ke hilir aku tarik kau . Beg baru tu .Ala harimau bintang gitu. Biar orang gerun tengok aku nati jalan sorang2 . =,= '  Agak berat jugak aku isi dalam tu .Kalau boleh satu umah nak angkut . Beg tu bagus . Boleh tarik , boleh angkat , boleh sandang belakang .


Beg kertas tu ? Durian crepe . Hamekk. Aku angkut masuk bas , masuk lrt , masuk ktm . Sume bau durian .

Selamat datang ke Subang Jaya . Selamat berjaya berpuasa di tempat orang .


Baru satu hari satu malam berjaya . 

Hari berikut ?


Jul 14, 2013

Tembikai Patah Gigi

Assalamualaikum

Tahniah dah berjaya puasa hari ke 5 ye dak .

Berbuka apa ? Pastikan habis licin.Tak baik membazir tau . Hari ni takde ape special sangat . Macam biasa . Masak lauk pauk . Beli roti john . Fabelet ayah . Kuih muih sebijik 2 bijik je .

Hari ni citer nye tembikai . Konon nak sejuk kan . Masuk peti ais yang keras tu . Nak makan sejuk . Puaskan tekak

Masuk kemain awal . Tapi keluarkan kemain lambat . Hamekkk kau patah gigi . Berais . Beruang kutub pon tak sanggup makan 





 Nah menunggu la kau bagi cair sikit ais nya

Gadget OOO Gadget

Assalamualaikum

Salam 5 Ramadhan. 

Dah petang ni macam2 gaya rupe ada .Ada yang dah terlentang , ada yang meleleh tengok resepi ape nak masak hari ini .Tapi aku membuntang mata tengok gadget . 

Ya gadget la .Kalau ikut sangat zaman terkini terkunu terkana memang tak terikut .Ekceli aku tengah mencari fon baru .Nak hidupkan balik nom celcom yang nyawa dihujung tanduk tu .Fon yang boleh buat macam2. Dan yang boleh update blog secepat sepantas kilat cepat kemas dan bersih gitu .


 

Nokia Lumia 1020 . Baru lancar beberapa hari ni . Dengan kamera utama 41mega pixel , kamera depan 1.2 mp. Aku pon tadi ternganga tengok kat youtube . Kalau sampai dekat malaysia dalam 1 minggu 2 minggu ni , mungkin dalam dua ribu lebih .

  


Xperia Z . Tergugat kau . Siap leh rendam dalam air lagi . Tapi orang kata elok lagi HTC One . Ye ke ?



 


Yang ini ?
 

Atau yang lain2 untuk dinyatakan 

Atau ini                                    
 

Jul 13, 2013

Tahniah Perut

Assalamualaikum

Tadi hujan kan . Nampak renyai2 tadi terus pecut pekan nak pegi bazar.

Hehehe

Nampak tak kegelabahan kelaparan ketidaksempatan memasakan . Lagi pon kite nak tolong orang berniaga ye dak. Nampak tak permainan disitu



                     

   


Roti jala cicah kari . Cicah durian . Kerabu perot .Air kedondong . Kuih ape lagi eh . Hmm
Bukan aku sorang . Sekeluarga ye  >,<

Perut Menangis


Assalamualaikum 

Masih berpuasa ? Bagus2 anak-anak ku . Petang dah kan . Sikit lagi je nak berbuka .

Masak apa tu . Haih nasi beriani ka ?

Haih saya tak masak apa lagi . Nak keluar rumah tak boleh . Hujan . Menunggang moto lah katekan . 

Kawan call nak jumpa kat pekan . Dia ada bawak durian crepe . Oke semangat kemain bersiap2 . Nak pegi amek crepe , nak beli kasut . Beli bahan basah . Pegi bazar .

Oke semangat dah ni . Pakai jaket . Sarung helmet kat kepala . Eh mesti la kepala . Takkan helmet kaki . 

Oooo melangkah pintu nak ke moto . Gedebummmm hujan turun . Waaaa hati ku perut ku menangis lebat seiring hujan .

Tsk tsk tsk =( 

Projek Conteng

Assalamualaikum

Ape kekabo sume . Tahniah hari ini kite semua berjaya puasa hingga hari ke 4 . Bape jam je lagi ni nak berbuka. Sabar wahai perot-perot .

Semalam sunyi sepi . Laptop kecik ni kena hantar klinik . Dah lama demam. Semalam demam teruk sangat . 99.9 celcius naik mendadak . Pegi hantar klinik , kena tahan kat wad , masuk air , cek darah , kencing manis tekanan darah semua . Lima jam kemudian dia dibenarkan pulang . 


Bukan nak citer pasal laptop kecik tu . Ramadhan ni dapat dua projek masuk .




Conteng-conteng kain . Pasal ramadhan dan hari raya . Untuk sebuah sekolah ni . Saja memeriahkan sambutan ramadhan dan raya nanti .


Lukis dengan penuh ketekunan dan ketajaman sehingga menembus lantai . Dah lama tak praktis tangan kan . Kain rentang berukuran 3 meter nak dilukis . Memang agak cabaran mendaki bukit sikit la. Segi tiga otak dibuatnya . Dalam 4 jam jugak baru siap lukis . Gila merangkak macam siput kau lambat siap .


Kene tampal2 atas lantai . Baru boleh mengecat mencalit sana sini 


Sekarang . Masih dalam perjalanan menuju kejayaan kain rentang ni .

Apa aktiviti ramadhan korang bulan ni ?

Jul 11, 2013

Al-fatihah


Assalamualaikum

Al-fatihah . Cikgu Aini Fauziah telah pulang ke rahmatullah jam 8.50 malam tadi .

Dapat berita dari kawan tentang kesihatan cikgu Aini . Kawan call aku tak angkat . Mesej aku tak baca tak balas. Tu la busy sangat kerja ape tah . Sekarang dengar berita dah terkilan . Sedih 

Cikgu Aini . Mengajar kami ilmu addmath . Ilmu yang susah kemain tak digemari tah apa punca mana yang tak suka nya . Tapi beliau tetap jugak mengajar tak henti tak jemu . Terngiang2 suara , wajah cikgu . 

Moga cikgu dicucuri rahmat . Bulan puasa malam jumaat . Ramadhan ke 2 .

Aku masih terkilan . Termenung . Sedih . 






Hidung Sensitip Tau !


Assalamualaikum 

Selamat berpuasa hari ke 2 semua . Tahniah berjaya harungi liku laka luku puasa 1 ramadhan semalam .


Tapi hidung aku hari ni tak berjaya menahan bau pulak . Biasa kalau kentut tu lantak kau lah selagi boleh tahan . Kembang kempis tahan nafas kalau bau semerbak harum setanggi limau kasturi .

Tapi tadi jenuh tahan . Hidung aku kembang je tak kincup tak kempis . 

Dah sape pulok yang goreng ikan bilis tengah2 hari panas ni . Haih memang kembang semangkok la hidung .   Hidung ni pon satu dua lubang ! Tak leh tahan bau betol . Sensitip sangat . Angin mana tah datang bawa ikan bilis tu terbang melayang . 

Haih  =,= 



Jom berenang bersama ikan bilis . Yeayyy . Tak leh letak gambar ikan bilih goreng . Terliuq nati .




Jul 10, 2013

Selesai Sudah


Assalamualaikum


Berhangin aku semalam . Sapa yang usik belog aku . Angin virus mane tah masok . Bila kawan2 kata ada post yang tak leh baca . Ada iklan tapi tak leh pangkah . Mula2 macam tak caye . 

Jadi dengan percaye nye bukak blog sendiri tanpa sign in . Memang ada dok tepi tercongok tayang iklan tah pe bende. Yang lucah tak elok pon ada . Haih 


Tak penah kena macam ni . Jadi dengan yakin aku tukar design belog . Oh tengok ade lagi . Buang segala widget . 

Dan rasanya sekarang dah selesai kan . Kan kan kan ? Selesai dah kan ? Terima kasih virus cinta . Tak tau la belog ni buruk ke comel bagi korang . Oke tak . Takmo sarat2 . Simple ke ni ?

Wassalam . Babai 



Jul 9, 2013

Ape Benda Semua Ni ?!

Assalamualaikum .

Minta maaf kepada para pembaca semua . Ramai kata tak leh baca post , tak nampak . Ada iklan tak leh tapi tak leh tutup , tak leh pangkah . Mula2 tak paham .

Lastnye bukak blog sendiri tanpa sign in . Laaa memang ada . Apekah parasit itu . Sudah ku cuba buang . Last nye tukar belog aku jadi simple cenggini je haaa.

Ada sapa2 leh tolong ? Please . Sian kita  =(

Azam Ramadhan


Assalamualaikum 

Selamat hari terkahir makan riang ria semua . Esok dah puasa. Malam ni terawih . Dah siap sedia semua . Mesti teruja kan . Kene teruja baru ada feel nak puasa nak raya . Sape Azam Ramadhan . Tunang aku ke . Eh bila pulak kau tunang . Eh eh eh . Bukan ! Nak puasa2 ni insap sikit. Hehe 


http://alhidayah.net/wp-content/uploads/2012/07/RambuPuasa.jpg


Azam ramadhan korang kali ni apa . Aku . Antaranya 


1. Nak puasa penuh . Yang pompuan ni kena azam . Rezeki masing2 la kan . Kalu dah nak datang juga si bulan comel tu mane nak tolak . Kau nak bagi sape .


2. Nak khatam 30 Juzu' dua kali . Mesti dua kali . Cuba sedaya upaya . Biasa sekali kan . Kadang sekali pon jenuh weyhhh. Ye la kadang2 banyak bebeno halangannya. Anak la , suami la , terlelap lah . Eh bila ada anak . Alasan .


3. Nak bukak puasa hari2 di masjid . Seronok kan bukak puasa dengan kawan2. Orang kampong . Orang serumah . Waaahh silaturahim gitu . Puasa kan . 


4. Bangun malam solat sunat bebanyak . Satu benda ni payah betol aku nak buat .Hmm celik mata baring balik . Setan kat bantal besor sangat . Eh setan ade ke 


5. Dan terawih .  Kena penuh . Azam penuh duepuloh . Penoh lapan tu memang laju je. Dengar duepuloh . Wahh rasa kau nak baring bawah sejadah . Kemain setan kau 


Itu antara nye lah . Yang lain2 tapi tak tertaip  ada  . Dan taun ni aku tak berpuasa dengan family . Rasa nak merantau . Rantau abang lah sangat . 


Aku akan berpuasa beberapa hari dengan family . Kemudian akan bergerak ke Subang . Ber Ramadhan dengan family sepupu2 . Apa aku buat kat sana . Nanti aku citer . 


Apa azam korang ? Ce kongsi .

Wassalam . Babai .


Jul 8, 2013

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum 


Dengan ini saya mewakili rakyat dunia mengisytiharkan bermula puasa jatuh pada hari RABU 10 JULAI 2013 bersamaan dengan 1 RAMADHAN 1434 H . 



Puasa . Jangan tak puasa . Puaskan perot anda sekarang dengan makanan yang mungkin akan berlegar2 di otak dan kerongkong anda . 

Ya. Aku sedang lapar . Makan butterscotch Gardenia . BETUL BETUL SEDAP !!!

Wassalam . Babai .


Kepuasan

Assalamualaikum 


Kepuasan . Ye hari ni aku puas . Haih jangan pikir lain . Tak elok . Aku muda lagi. 

Aku buang sawang , cuci longkang , cuci tandas , bilik air . Basuh kain . Sidai . Mop lantai . Masak . Surirumah agak berjaya 

Dan hujan pon turun dengan lebatnya .  Dan nasi ayam yang bukan untuk ayam yang makan pon tersedia . Maka pon lagi lepas makan , mata pon akan merangkak2 mencari bantal .

Puas hati kerja hari ni . So syok sendiri la pulak kan .

Babai korang .


Jul 7, 2013

Sarawak Mali

Assalamualaikum 



Apa yang sarawak ? Apa yang mali ? Siapa datang ? Apa yang datang . Ada datang meminang ke ? 





Kek atas ni je yang meminang perot aku .Sekian saja berita utama . Selamat malam 


Jul 5, 2013

Laksa



Assalamualaikum 


Korang makan apa malam ni. Nah makan . Oh tahniah perot aku malam ni . Sambil melayan SSID tv3. Sebenarnya aku belom jadi isteri sape2 . Oh meletop kalau tajuk macam tu .








Cucuk-cucuk Akupuntur


Assalamualaikum

Salam jumaat semua. Moga sihat2 dan comel2 belaka. Sentiasa berada di bawah rahmatNya. Aminn. Dengan perot yang penoh baru la rasa senang hati nak menaip. Aku memang cenggini. Kalah dengan perot. Manja sangat. Pantang kalau perot mintak minyak dan lemak , laju je kau melayan kan . 


Baru2 ni pegi berubat. Oh bukan berdukun menonggeng bertapa dalam gua tu. Aku pernah try jugak tapi tak mejadi sebab berat yang naik , tak mampu nak kepala bawah kaki atas . Jadi tukar cara berubat dengan cucuk2. 


Bila korang dengar cucuk2 tu kompem lah kan sakit perot nak berak tapi tibe2 sembelit . Punya lah takut bila dengar jarum . Sama lah macam kat hospital , bila nama disebut je nak masuk bilik , mula bayangan awan2 kau keluar , doktor nanti gunting telinga lahh, korek pakai dawai ,macam2 la kau pikir. Mula la otak macam2 rekaan jahat kat doktor tu , padehal kemain dia senyum hensem gigi beratur sampai ke telinga .


Untuk perubatan kali ni kita cakap pasal akupuntur. Ya akupuntur , itu lah nama saintifik jawa. Akupuntur ni berasal dari cina. Gunakan jarum2 yang halus lagi mulus untuk dicucuk kat tempat2 tertentu , macam kat tangan , kaki , muka , belakang badan , mana2 la yang untuk dirawat . Dan yang penting ia tak berkaitan denga racun dan dadah . 
.

Nampak jarum halus tu ? Jarum halus mulus tu takkan menyakitkan badan kita . Mane kau tau ? Sebab aku penah cuba try dan test . 



Dan WHO dah pon meluluskan perubatan akupuntur ni berkesan . Kalau ada sakit urat saraf , migrain , kebas , strok atau apa saja boleh la . Yang ada lepas kemalangan pon boleh cuba. Sebab orang tua kata kalau lepas eksiden ni memang elok berubat betul2 kan balik urat yang tak reti nak balik2 tu . 


Dan aku baru2 ni pon pergi berubat akupuntur ni , alhamdulillah sakit aku pon berkurang . Kita ni berusaha je kan . Hasil tu semua terletak pada Yang Esa . Kita pon nak jaga privasi kita kan jadi  aku buat dengan orang kita Melayu Islam . Dan akupuntur ni memang elok dibuat seminggu sekali . Nak sihat kan ?




Jenuh aku nak mengingat , bukan boleh main cucuk je  . Tahniah akak doktor akupuntur ni .







Dan akupuntur jugak tak lupa pada kecantikan kita . Tapi aku tunjuk muka je la , kaki tangan opsss gambar tersorok .  Aku rasa muka aku pelik disitu . Macam terlalu teruja  kena cucuk . Tiba rasa semakin comey



Jul 4, 2013

Bubur Pulut Hitam



Assalamualaikum dan selamat pagi sayangsss semua . Kemain semangat aku update pagi. Tah mane datang semangat. Pagi ni segar nye lain macam. Padehal tidur kemain susah nak lelap. Jenuh pujuk mata ni. Belai2 , dodoi , timang2 pon tak mau jugak. Duduk bangun menonggeng kepala bawah kaki atas pon tak lelap. 


Tapi bangun kemain segar. Ni haaa penambah segar .





Selamat sarapan semua =) 




Jul 2, 2013

Tambah Stok


Assalamualaikum wbt



Dengan sukacitanya , nak mempeghabiskan duit yang sekian lama terperuk dalam dompet , ni yang aku borong . Harus la makanan kan . Ape lagi selain tu. Makanan untuk kesihatan aku . Sihat ke . Bagi aku makanan ni sihat la jugak sebab badan aku memang memerlukan benda alah macam ni. Baca sini .


Kawin nanti aku mengandung alah bende alah gini , menangis meraung aku , knapa baby tak nak makan benda alah mahal hitam macam ni . 




Swiss classic. Buy 1 get 1 and free one . Cokelat nun jauh dari switzerlanddsss. Sedap kau tahap nak jilat kaki meja . Kau hadooo. Hewhewhew. Tadi separoh bar sekali ngap. Gelojoh tak gelojoh .





Tu bentuk love tu ala-ala ferrreerrroo rocheyy katenya . Tak de tester pon , tapi aku hamek . Coklat mesti la sedap kan. Tu harga dia tiga hengget.  Yang kissess muah muah tu biasa makan kan ? Takpe , amek je . Sebab takde sape nak ke muah muah kan aku. Bila lagi nak berangan perasan .


Yang lain2 tu jenama biasa lah kan , Van Houten , kinder buenoo . Nak kata murah takde la murah mana. Tapi tangan menggatal nak beli. Haa tu la pompuan . Payah bawak kau shopping kalau ginih . Benda2 ni sume aku beli kat times square. Konon cenderahati untuk perot


Siapa gila coklat ! Angkat gigi  =D