Pages

Mar 30, 2012

murahnya akhlak

sedihnya . rasa sebak sangat . kenapa . aku bukan nak berpolitik di sini . aku nak luahkan sebak di hati .

topik berita ni dah hangat rasenya , semua dah taw . kalau sekadar taw tapi takde kesan ape2 aku tak taw lah macam mane hatinya .

ye! baru2 ni denda penari tiang rm25 . ye rm DUEPULOHLIMA . terbelalak biji mata , terkeluar jantung hati limpa ginjal segala bagai . gile murah ! beli barang dapor2 aku pon nak dekat rm100 ,itu pon kadang2 lebih. beli barang dapor je , belom lagi bil letrik ,bile internet ,air ,macam2 lagi lah ..

denda tidak melebihi rm25 atau penjara maksimum 14 hari . what !?!
penari tiang yang comel tu bukan orang lain . saudara seISLAM kita kak ,abang .
perempuan melayu islam . ISLAM . 

mane peginya nilai akhlak seorang insan yang bernama ISLAM . ke mana hilangnya IMAN dan TAQWA .


senyum dunia.akhirat ?


' berita utusan aku pinjam jap '

SEREMBAN – Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.


.................................................................

comel lah lagi kan .



tak kene denda pon

 nilai lah sendiri
pedih nya hati ini
sebak hati ini
 rendah nya akhlak ummat kini 
ke mana hilangnya akidah diri



.......................................................................



memang sangat sedih .
 dapat berita ni mengalir air mata ini.
Ya Allah , ampunkan lah dosa hambaMU ini .