Pages

Mar 15, 2012

anak yatim

Assalamualaikum wbt . semoga sihat2 sejahtera kakak2 cun , adik2 comel , abang2 hensem .
Ibu bapa . anugerah Allah yang amat bernilai , teramat bernilai . maaf diucapkan kepada sesiapa yang tiada ibu atau bapa atau kehilangan kedua-dua nya sekali . Al-fatihah . Amin .

Bersyukur dengan ape yang ade ? syukur .alhamdulillah . segalanya yg kita dapat ini nikmat Allah . ya! Nikmat Allah . cara syukur ? mentaati perintahNYA . belum lagi ? belum . bile nak mule ? esok kot , luse , ke nanti je lah , eh tahlah bile nak mule. Aih . bile tu . mule ye sekarang , pelan2 tapi ade berubah itu baik.

Kesian tengok anak2 yatim ni , tiada ibu tiada bapa .hilang kasih sayang dan mengharapkan adanya kasih sayang tapi ..
kesian kite

                                                       

Manusia sekarang ni jadikan anak yatim sebagai tiket mereka dapatkan duit. Bukan nak beli tiket tengok bola FIFA .ni pasal tiket untuk kesenangan mereke menggoyang tangan kaki angguk2 kepala sekaligus perot pun senang hati .

Seorang anak yatim berusia 11tahun  berkopiah  dan berbeg sandang  dengan wajah meraih simpati semata2 untuk mendapat kan duit .

Temu ramah yg lebih kurang :

Pakcik : kamu ni dari mane . dah lame pakcik tengok kamu kat sini2 . yg lain2 tu kawan kamu jugak
               ke ?
Anak  :  aah pakcik ,kami dari kedah . . ( muke gelisah ketakutan )
Pakcik : kamu jual ape ni , derma ni untuk ape .
Anak   : saya jual CD dgn minyak angin . duit ni utk derma rumah anak yatim . err kalau sy xbuat
             sume ni pakcik , sy takot dipukul nanti .

(sumber berita metro ,sekian)

# xde pon temuramah temubual cam ni dlm kenyataan , ni utk mudah je ye .

Ini lah yg terjadi kan dunia sekarang . kalau tak mampu nak jage anak2 yatim tu tak pe , boleh hantar kat Kebajikan Masyarakat ,  dari pi buli budak2 tu kesian lah , kalau lah ekau anggap tu anak ekao sendiri mosti tak sanggup . urmm. Ni kejap lagi raye , padahal pose pon belom .mesti ade lagi sindiket2 macam ni.  sekarang ni pon dah de care baru sindiket2 tu nak gune anak2 yatim nih , bile raya menjelma ,maka anak2 yatim dihantar ke kampong2 untuk meminta duit raya . takpon kalau dah nak hujung tahun anak2 akan menjual calendar dan sewaktu dengannya . target lain !? depan bank lah !

Baca  yang ini :

Ayat 17 – 25   Surah Al-Fajr

17: Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang- 
      orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim,
      (malah kamu  menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

18: Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

19: Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

20 : Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

21 : Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

22 : Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

23 : Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

24 :Ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!”

25 : Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

jom jadi orang yang betul2 orang :)

No comments:

Post a Comment

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)