Pages

Mar 25, 2012

lelaki becok ke .

lelaki bermulut becok?



shh.
                                                               

  • kenapa?

mungkin sebab keadaan sekeliling. ya.itu alasan ku. mungkin sewaktu kecil nya terdedah dengan saudara-mara yang suke becok kecoh kepoh ni. mase kecil-kecil dulu mana nak bantah mak ayah bawa kita ke mane-mane. anak patuh taat la katakan. dari kecil sampai besar manjang kita hidup dalam suasana becok, rupe-rupenya kita penyambung generasi. hehe. jangan marah . atau pun pengaruh rakan,sebab hidupnya dalam kelompok becok.kena tempias sikit .


mungkin jugak sebab ingin mendapatkan perhatian. ingat perempuan je ke nak perhatian .tambah-tambah lagi jika tika kesunyian. menarik. kerna kesunyian. bukan kah lelaki bijak dalam menghiburkan hati mereka. bermain,melancong,melepak kedai mamak untuk hilangkan rasa sunyi.


atau mungkin juga lelaki itu mencari publisiti? 



lelaki sila jelaskan.




  • lelaki mulut becok boleh dipercayai ?

mungkin tidak. susah la kita rahsia dibocorkan. punya la janji siap buat tautan kasih  jari  kelingking  lagi. 
tup tup tup senang je rahsia kita bocor. tak ke naye tu.

mungkin juga boleh dipercayai.sebab lelaki mulut becok ini pandai. banyak benda dia tahu, banyak pengalaman dia dapat dari kekecohan dia tu. semakin kecoh seseorang lelaki semakin bertambah ilmu pengetahuan. hipotesis diakui. lelaki kecoh ni mudah didekati, sebab lelaki becok ni  peramah gitu, mudah mesra, agak feminin, berwatakan lembut. orang pun suka. dari situ dapat la ramai kawan, bile dia dengan kawan-kawan baik kamching, untunglah kan, shopping ajak dia , jalan-jalan melancong sane sini ajak dia. 
tak untung kau Leman, Amir, Sopian..



setuju angkat kening



  • lelaki becok jadi pilihan wanita?

mungkin ya. sebab lelaki becok ni sentiasa menceriakan menggembirakan hati wanita.  ade saje ceritanya. kalah pemberita . perempuan mane tak suke lelaki yang pandai ambil hati dia ceria kan dia.
bertuah kau Siti dan Timah. dan lelaki becok ni sentiasa pandai mengambil berat sesiapa pun. disebabkan mudah mesra ,peramah segala macam. ni pon jadi satu tarikan perempuan, sentiasa diambil perhatian. lelaki pon cam tu gak.aik perempuan je.. lemak la.

mungkin jugak sebab perempuan itu sendiri seorang yang becok! hah. ni becok dengan becok. memang riuhrendah riuhtinggi menggosip. sama-sama becok. jadi pilihan masing-masing ye dak.  dah sama ciri-ciri becok,  mudah mesra  dan saling mengambil berat. untung kau Atan  dan  Minah .

atau tidak.kerana ada juga perempuan yang lebih suka kan lelaki yang tenang, relaks tak de kelam-kabut. lagi pun kelam-kabut ni kawan syaitan lah. mungkin juga telinga dia tak tahan dengan lelaki mulut becok.



betul ke lelaki ?
                                                    
betul !!
                                                          


  • ade kesan tak mulut becok ni?

takot-takot orang menyampah. dah becok sangat,hari-hari pulak tu. asal kau ke cafe je ade le cerita nya, asal bos tak lalu depan kau mule lah becok nya. kalau lunch hour aku dah habis slrrpp air sirap, kau satu ape pun tak menyuap.

takot-takot mulut becok ni sakitkan hati orang. mungkin sedar atau tidak. tengok-tengok dah terasa , tak bertegor sapa, nak jeling-jeling kita lagi ade la. dah takde kawan. sebab mulut becok ni , cakap pot pet pot pet tak henti-henti mengalahkan karangan 600 patah kata takde tanda nokhtah ngan koma. yang hati si kawan tu dah tertoreh-toreh mengalahkan pokok getah . kan dah payah .





::  anda akan memperolehi sifat-sifat yang buruk dari sahabat terdekat anda  ::


10 comments:

  1. lelaki kalau mlut becok sgt xsuka jgk..huhu..bls kunjungn:)

    ReplyDelete
  2. sis KAISARA: hehe,sokong!boleh pening kepalo :)

    ReplyDelete
  3. bergantung atas penerimaan seseorang, ada yg boleh tahan ada yang sensitif...apapun pasti kita mahukan pasangan yg terbaik dlm hidup...

    ReplyDelete
  4. kak HANIS : ya,manusia sentiasa inginkan kesempurnaan dalam hidup terutamanya dalam mecari pasangan.tapi apa yang kita nak tu tak dapat . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  5. mudah2an keli menari bertemu pasangan yang sesuai.
    salam ziarah kembali. ;)

    ReplyDelete
  6. biasanya lelaki becok ni..ala2 lembut sikit..

    ReplyDelete
  7. ASMARA: insyaallah.moga begitu.aminn.terima kasih ye:)

    ReplyDelete
  8. MISS D : kebanyakannya mcm tu yg saya perhatikan.:)

    ReplyDelete
  9. slalunya laki mulut becok ni diorg akan guna ayat powerrr habis mmg asyik makan hati je la jawabnyaaa

    ReplyDelete
  10. SYAKEY : huh,itu yang tak nak..keje makan hati je lame2 aish . parah2 .

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)