Pages

Mar 22, 2012

ulangkaji : subjek WUDUK

assalamualaikum wbt .
ingat kah kita dengan ilmu berwuduk? kita sering mengulangkaji pelajaran agar kita lulus cemerlang di dewan peperiksaan. hari ini bagi peluang dekat diri kita untuk mengulangkaji pelajaran akhirat untuk lulus dengan cemerlang di sana.

hadis diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih,164 :

''Bahawasanya Utsman bin 'Affan meminta dibawakan sebuah bekas air untuk dia berwuduk.lalu dia menuangkan air itu ke tapak tangannya dan mencuci kedua-duanya tiga kali.kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas air itu (untuk mencedok air untuk dia) berkumur-kumur sambil memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar.kemudian dia membasuh mukanya tiga kali dan kedua tangannya hingga ke siku tiga kali.kemudian dia mengusap kepalanya dan membasuh kedua-dua kakinya tiga kali.kemudian berkata: ''Aku melihat Nabi saw berwuduk seperti mana wuduk aku ini lalu dia solat dua rakaat tanpa menyibukkan dirinya dalam melakukan dua rakaat itu,maka Allah akan mengampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu''.


                                                                     

antara pelajaran penting berkenaan amalan wuduk, :

1. bekas air yang digunakan untuk berwuduk hanyalah bersaiz kecil. dalam sebuah hadis lain diterangkan bahwa Rasulullah saw lazimnya berwuduk sebanyak satu ''mud''air (Shahih al-Bukhari,no:201)
Satu ''mud'' air ialah air yang dapat ditakung dengan kedua-dua telapak tangan orang lelaki bersaiz sederhana yang diletakkan bersama. Ia menyamai kuantiti air sebotol air mineral bersaiz kecil (600-700ml). Para ilmuan menyatakan satu ''mud'' bukanlah batas maksimum penggunaan air wuduk ,tetapi menunjukkan sifat hemah penggunaan air oleh Rasulullah saw. Sama-sama kita renungi dalam suasana berwuduk masa kini yang menggunakan air paip yang mengalir deras ,jauh lebih banyak dari satu ''mud''.

2. setelah membasuh kedua-dua telapak tangan,tangan kanan dimasukkan ke dalam bekas air untuk mencedok air bagi basuhan seterusnya. Nampaknya seperti telah berlaku percampuran air di situ, iaitu antara air yang tersisa di telapak tangan setelah pembasuhan dan air yang berada di dalam bekas. Ini merupakan salah satu dari banyak bukti kini bahwa syarat air mustakmal bererti air yang telah digunakan untuk membasuh sesuatu anggota wuduk,ia tidak boleh digunakan semula. Syarat air mustakmal yang masyhur diajar hanya merupakan syarat yang menyukarkan amalan wuduk , membazirkan . Banyak pendapat ulama tentang air mustakmal dalam wuduk ini. Kita akan bincang nye di entri yang lain.Insyaallah.

3. para ilmuwan berbeza pendapat hukum memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar ketika wuduk, apakah ia sunat atau wajib? Di sebalik perbezaan ini,yang utama ialah kita memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar kerana ia merupakan sunnah yang mulia lagi menghasilkan pahala. Ianya juga adalah untuk membersihkan rongga hidung .

4. membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali merupakan jumlah maksimum. Jika dirujuk kepada hadis-hadis sahih yang lain,diterangkan bahwa Rasulullah saw pernah membasuh anggota wuduk sekali,dua kali dan tiga kali. Semuanya bergantung kepada kadar rata air itu . Jika anggota wuduk dapat diratakan dengan sempurna, tidak semestinya tiga kali. Janganlah melebihi tiga kali kerna ia hanyalah was-was bisikan syaitan . Rasulullah saw : ''Inilah wuduk,sesiapa yang menambahnya maka dia berbuat keburukan,melampaui batas dan zalim.''( Shahih Sunan Ibn Majah , : 242 )

5. semua anggota wuduk dibasuh sekali atau dua kali atau hanya tiga kali kecuali kepala,ia diusap hanya sekali. Para ilmuwan  berbeza pendapat di sini,kepala diusap keseluruhannya atau cukup minimum tiga helai rambut ? Yang utama ialah mengusap keseluruhan kepala kerana ianya amalan Rasulullah saw. Cara ialah gunakan ruang antara ibujari dan jari telunjuk,basahkannya dan usap kepala dari hadapan ke belakang,dari belakang ke hadapan semula. Telinga jugak termasuk dari bahagian kepala,setelah mengusap dari belakang ke hadapan,kedua-dua jari tangan kanan dan kiri terus mengusap kedua-dua telinga,tidak perlu mengambil air atau menciduk air.

6. selesai  berwuduk dirikanlah solat dua rakaat .Solat ini memiliki ganjaran besar kerana ia menghapuskan dosa lalu. Selain itu,Rasulullah saw juga pernah mendengar bunyi kasut tukang azannya iaitu Bilal-di dalam syurga, lalu ditanya apakah amalan khusus dilakukannya? Bilal menerangkan bahwa mendirikan solat sunat selepas wuduk hampir setiap kali selepas wuduk. (Shahih al-Bukhari:1149)

sekian. Wallahualam .

No comments:

Post a Comment

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)