Pages

Jul 5, 2013

Cucuk-cucuk Akupuntur


Assalamualaikum

Salam jumaat semua. Moga sihat2 dan comel2 belaka. Sentiasa berada di bawah rahmatNya. Aminn. Dengan perot yang penoh baru la rasa senang hati nak menaip. Aku memang cenggini. Kalah dengan perot. Manja sangat. Pantang kalau perot mintak minyak dan lemak , laju je kau melayan kan . 


Baru2 ni pegi berubat. Oh bukan berdukun menonggeng bertapa dalam gua tu. Aku pernah try jugak tapi tak mejadi sebab berat yang naik , tak mampu nak kepala bawah kaki atas . Jadi tukar cara berubat dengan cucuk2. 


Bila korang dengar cucuk2 tu kompem lah kan sakit perot nak berak tapi tibe2 sembelit . Punya lah takut bila dengar jarum . Sama lah macam kat hospital , bila nama disebut je nak masuk bilik , mula bayangan awan2 kau keluar , doktor nanti gunting telinga lahh, korek pakai dawai ,macam2 la kau pikir. Mula la otak macam2 rekaan jahat kat doktor tu , padehal kemain dia senyum hensem gigi beratur sampai ke telinga .


Untuk perubatan kali ni kita cakap pasal akupuntur. Ya akupuntur , itu lah nama saintifik jawa. Akupuntur ni berasal dari cina. Gunakan jarum2 yang halus lagi mulus untuk dicucuk kat tempat2 tertentu , macam kat tangan , kaki , muka , belakang badan , mana2 la yang untuk dirawat . Dan yang penting ia tak berkaitan denga racun dan dadah . 
.

Nampak jarum halus tu ? Jarum halus mulus tu takkan menyakitkan badan kita . Mane kau tau ? Sebab aku penah cuba try dan test . 



Dan WHO dah pon meluluskan perubatan akupuntur ni berkesan . Kalau ada sakit urat saraf , migrain , kebas , strok atau apa saja boleh la . Yang ada lepas kemalangan pon boleh cuba. Sebab orang tua kata kalau lepas eksiden ni memang elok berubat betul2 kan balik urat yang tak reti nak balik2 tu . 


Dan aku baru2 ni pon pergi berubat akupuntur ni , alhamdulillah sakit aku pon berkurang . Kita ni berusaha je kan . Hasil tu semua terletak pada Yang Esa . Kita pon nak jaga privasi kita kan jadi  aku buat dengan orang kita Melayu Islam . Dan akupuntur ni memang elok dibuat seminggu sekali . Nak sihat kan ?




Jenuh aku nak mengingat , bukan boleh main cucuk je  . Tahniah akak doktor akupuntur ni .







Dan akupuntur jugak tak lupa pada kecantikan kita . Tapi aku tunjuk muka je la , kaki tangan opsss gambar tersorok .  Aku rasa muka aku pelik disitu . Macam terlalu teruja  kena cucuk . Tiba rasa semakin comey



4 comments:

  1. beraninya dia wat cucuk2 tu. jaa bila tgk ni pun dah seriau..... takot sakit... hihi...

    ReplyDelete
  2. erkkk.. takut tengok jarum :p .. td g cek gula , nurse nak cucuk sikit hujung jari pun dah takut takut :p .. acaner nk try akupuntur yang berselirat dgn jarum ni ..hihihi

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)