Pages

Jun 25, 2012

#18 CHUP!










Baru-baru ini ada orang cakap pada saya - "Majlis kahwin yang sederhana, adalah yang bawah RM10,000." Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

1 - Sederhana itu subjektif. Ianya bukan diukur dengan angka. Tetapi ianya diukur dengan kemampuan.

2 - Pada saya, majlis kahwin yang sederhana itu adalah yang berada dalam lingkungan kemampuan pengantin dan keluarganya, seterusnya dia masih punya wang yang cukup untuk meneruskan kehidupannya. Tidak pula dia berhutang. Itulah sederhana.

3 - Ada orang dia ada duit. Dan dia ada kemampuan untuk jemput ramai orang. Maka pastinya kos dia jemput ramai orang itu, tinggi. Apakah dia tidak sederhana? Ada orang, dia tak ada duit banyak. Jadi dia hanya mampu jemput sebilangan orang. Maka pastinya kos dia jemput sedikit orang itu, rendah. Apakah dengan itu, kita kata dia bersederhana?

4 - Sederhana ini bukan diukur dengan wang yang dikeluarkan. Dia diukur dengan perjalanan majlis. Apakah punya perkara-perkara yang tidak syar'ie? Itulah yang tidak sederhana. Apakah dia berkahwin sampai berhutang-hutang untuk majlisnya kelihatan hebat? Itulah tidak sederhana. Apakah untuk memewahkan majlisnya, dia hingga tidak punya duit yang selesa untuk meneruskan kehidupan berumahtangga? Itu tidak sederhana. 

Apakah ianya diraikan penuh harmoni dan dalam batasan syara', gembira dan mengeratkan silaturrahim, membuatkan yang datang menjadi bahagia dan lega? Maka itulah dia sederhana. Walau semahal mana pun majlisnya.

5 - Saya perasan memang di Facebook ini banyak orang ajak kahwin dengan kos murah. Siap buat kira-kira itu dan ini. Ada satu perkiraan itu, saya tengok, kosnya RM2,000 sahaja untuk kahwin. Saya dahulu senaif itu juga. Saya dulu, nak bajet kahwin RM2,000 juga. Nak biskut cecah teh atau bee hun goreng sahaja sebagai hidangan.

Tetapi saya nampak, berbanding kos murah ini sebagai alasan untuk berkahwin menjadi lebih berkah, ianya lebih banyak digunakan sebagai alasan untuk mereka yang tidak matang terburu-buru hendak melaksanakan perkahwinan. Lantas Ibu Bapa dituduh tidak sederhana, nak mahal-mahal dan sebagainya.

Jangan pandang enteng dengan duit. Kahwin memang boleh kalau nak sangat RM2,000 sahaja kosnya. Boleh. Tetapi kena sangat-sangat beringat, bahawa kita ada kehidupan yang panjang selepas kahwin. Itu semua perlukan duit. Bil air, bil eletrik, bil internet, duit minyak, barang dapur, sewa rumah. Nanti ada anak, barang-barang keperluan anak pula. Kena consider semua itu.

Terburu-buru tidak akan membawa makna apa-apa. Kahwin untuk hidup. Bukan hidup untuk kahwin.

6 - Jadi jangan ukur kesederhanaan itu dengan duit yang murah. Kesederhanaan terletak kepada kemampuan. Dan mahalnya majlis perkahwinan hakikatnya bukan pada hiasan dan sebagainya. Tetapi pada berapa ramai jemputannya. Yang punya ramai kenalan dan berhajat nak raikan kenalannya, kenalan ibu bapanya, memang kos majlis akan tinggi. Dan jika dia mampu, serta itu tidak membebankannya, mengapa tidak dia raikan semua itu?

Sederhana itu bukan pada berapa mahal atau berapa murah.
Sederhana itu adalah pada majlis yang syara' dan diredhai Allah.

Asal ikut syara', dan tidak berhutang, serta punya wang yang mampu untuk penerusan kehidupan berumahtangga, itulah dia sederhana.

---------------------------------
Ramai sibuk nak murah-murah ini, banyaknya sebab nak kahwin awal.
Kadangkala, disumbatkan isu kahwin kena murah ini, membuatkan orang gelojoh dan terburu-buru. Sampai lepas SPM pun terus-terus nak kahwin. Dah sibuk bercinta dari tingkatan tiga, sebab katanya kalau setakat RM2,000, mampu sahaja dia nak kahwin.

Anak-anak suka berfikir pendek. Saya sudah ada pengalaman.

Alhamdulillah Ummi sudah didik saya. Awal-awal Ummi sudah sebut:
"Kahwin, RM20,000."


Buat saya usaha untuk cari kerjaya, berdikari, mematangkan diri, mendisiplinkan diri dalam perjalanan saya nak capai angka itu.




''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Kenyataan dari Hilal Asyraf .
Benar katanya dan setuju sangat katanya . 



5 comments:

  1. dya setuju..sederhana tu subjektif.. dya kalau boleh masa kenduri kawin nanti tak nak berhutang..

    ReplyDelete
  2. setuju sangat2. org sekarang ni buat majlis grand2 tapi lepas kahwin terus mengeluh tak cukup sana sini.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  3. buat majlis yang setakat mampulah...membazir kan tak elok....

    ReplyDelete
  4. sokong.

    kalau pandai carik kaki. kos akan jd murah ape?

    ReplyDelete
  5. setuju... keserdehanaan perlu ada...
    jgn sampai membebankan dan berhutung selepas kahwin...

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)