Pages

Jun 2, 2012

Raja Sehari vs Setan Sehari



Musim cuti sekolah ni sesaja ada kendurinya. Satu hari sampai satu dua tiga empat lima enam tujuh lapanratussembilanpulohsembilan kenduri . 


Seronok tengok macam-macam ragam gaya kenduri ni. Ada yang mencuit hati .. Ada yang menyayat hati .

Yang mencuit hati nya telatah pengantin macam budak-budak pon ada kan. Biarlah dema nak mengada pon tapi jangan over lah ya pengantin sampai hentak-hentak kaki tumit tinggi sebab suami tak suapkan masa makan beradab. Memang kene ketok la kau ngan tanjak.

Yang menyayat hati nya , jangan la sampai lupa Tuhan . Ni bini dah dapat kau lupa Tuhan. Baru bini belom anak bini . Haaa payah la tu .


 Aku tak cakap pasal perempuan sebab aku fikir positip je yang mungkin mereka cuti-cuti holiday lah kan . Tapi laki memang aku fikir separoh negatip separoh positip. Satu aku fikir mereka solat jama' .

Owh kepala ku sila fikir positip postip !


Tapi bukan pengantin saja kena ingat ni. Mak ayah pengantin pon sama la ya. Jangan dok ralat sangat dapat menantu lelaki peramah macam Mariah Carey dan menantu pompuan secomel aku (sila sedia baldi nak muntah ) sampai tak solat pakcik makcik oi .


Menantu menantu jugak , tapi jangan jadi hantu .
Raja sehari ya ya jugak , tapi jangan jadi setan sehari .
Jadi kepada bakal-bakal menerima menantu , bakal-bakal raja sehari dan seisi sekeluarga ..
Tak nak la hari bahagia kita ke neraka kan ..Hari bahagia hingga ke syurga yang kita mahukan ..


 Selamat Pengantin Baru ! Semoga bahagia bawa ke syurga . 



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ok bila pegi majlis-majlis ni rasa syok nya kawin . Haaa tolong jangan berangan (sambil tampor pipi ) !!

 

10 comments:

  1. mesti banyak dpt undangan, apapun enjoy makan dan bergambr dgn pengantin k...

    ReplyDelete
  2. adoi syoknya suasana malaysia..ni lah kekadang xsyok bljar oversea...huhu

    ReplyDelete
  3. btul..kwin2 jgk. .tp jgn lupa Allah..kwin mmg syok..tp bnyk tanggungjwb..:)

    ReplyDelete
  4. hehehe... kenduri kenduri jugak kan...

    selamat berhujung minggu... :)

    ReplyDelete
  5. slmt menghepikn diri di majlis kenduri..

    ReplyDelete
  6. @Masz Sidek Yup.Kenduri2 Tuhan jangan lupa.Selamat hari isnin .

    ReplyDelete
  7. @Yumida Selamat menghepikan esok Isnin! Hiyak !

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)