Pages

Mar 27, 2012

ulangkaji : subjek SIFAT ALLAH

assalamualaikum wbt pembaca semua.terus kepada subjek kita untuk bekalan di sana .
nama Allah selalu menjadi sebutan dan rebutan. kenal kah kita dengan Allah secara mendalam?
menyebut Allah tapi tak faham ,tak tahu ,tak kenal .



Allah swt telah memperkenal kan diriNya dalam al-Quran dalam surah al-ikhlas. surah ini dari kecik-kecik tadika kita dah tahu kan . Ia bermaksud : ''Katakanlah , (Tuhanku) ialah Allah,tuhan yang satu ; Allah yang menjadi tumpuan hajat sekalian makhluk ; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan ; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya''.



Fahami sifat Allah 



Allah Tuhan Yang Satu . sifat ini memperkenalkan diriNya ialah ''Allah tuhan yang satu''. Allah bukanlah tuhan yang berbilang-bilang,sebagaimana tuhan-tuhan dalam agama lain. bagi sebahagian agama ,tuhan mereka ada yang Ayah, Anak ,Roh Suci dan lain-lain . ada yang kerja nya lain-lain , tuhan pahlawan, tuhan kebaikan, tuhan rezeki dan macam-macam lagi lah. Maka dengan ayat ini ''Allah memperkenalkan sifatNya yang satu, yang Esa. Allah tidak berbilang-bilang dan sifat ini membezakan dengan tuhan-tuhan lain.




Allah Tuhan Yang Tidak Berhajat. kita adalah makhlukNya yang berhajat kepadaNya. Allah tidak memerlukan sebarang sembelihan korban macam lembu ,kambing, ayam atau apa-apa sahaja persembahan seperti buahan , bunga-bunga dan lain-lain daripada makhlukNya. ibadah korban yang disyariatkan kepada umat Islam pada Hari Raya Haji tu ,bukanlah yang dihajatkan dari Allah.

''Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai Allah,tetapi yang akan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu'' . 
( surah al-haj ,37 )




 
Allah Tidak Melahirkan. Allah tidak melahirkan malah Dia juga tidak dilahirkan. jadi, Allah tidak memiliki anak . berbeza dengan agama-agama lain. mereka berebut menggunakan nama Allah ,tetapi  tuhan mereka memiliki anak. malah ada pulak yang anak itu terpaksa mengorbankan dirinya di papan salib demi membersihkan dosa-dosa penganutnya. beza dari Allah, sesiapa yang berdosa kepadaNya  tidak perlu membunuh diri . hanya kita perlu bertaubat kepadaNya.



Allah Tidak Dilahirkan. sesuatu istimewa . kerana apa ? kerana Allah ialah tidak diukir ,tidak dibentuk , tidak dilukis ,tidak dibuat dan tidak dilahirkan. berlainan bukan dengan agama lain , kerana tuhan-tuhan mereka mempunyai asal-usul dan ada yang asal-usul itu berbeza-beza. dan  jangan pula kita terlintas di fikiran dan di hati untuk bertanya seperti itu .

Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang ini :
Syaitan mendatangi seseorang dan bertanya :''Siapakah yang mencipta itu? Siapakah yang mecipta ini ? sehinggalah ia bertanya : ''Siapakah yang mencipta tuhan kamu?'' , maka jika ia bertanya soalan itu ,mintalah perlindungan dari Allah (dengan membaca Auzubillah) dan sudahilah ( dari melayani fikiran atau pertanyaan sedemikian) . [ Sahih al-Bukhari,no.3276 ]




Allah Tidak Serupa dengan Apa Jua .Allah tidak boleh serupa dengan benda yang diukir seperti patung sembahan dan tak boleh jugak dianggap seperti lambang atau simbol tertentu, tidak boleh dilukis ,dibentuk dan sebagainya yang untuk digambarkan . cuba kita tengok agama-agama lain,  menyerupai sesuatu yang di alam ini , manusia ,haiwan , tumbuhan dan macam-macam lagi .
tetapi tak bererti kita umat Islam menyembah tuhan yang 'kosong'. kita dapat mengenal Allah berdasarkan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. inilah yang dinamakan dengan Tauhid al-Asma wa al-Sifat.
hari akhirat kelak itulah masanya kita melihat Allah.

sebagaimana firmanNya : ''Pada hari akhirat itu,muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri melihat kepada Tuhannya''.   
( Surah al-Qiyamah ,  ayat22-23 )

dalam janji Rasulullah saw : ''Sesungguhnya kalian akan melihat tuhan sekalian dengan mata kalian sendiri sebagaimana kalian melihat bulan purnama ini ( yang mengembang penuh ) .Tiada sedikit jua kesulitan bagi kalian melihatNya .''   
( Sahih al-Bukhari, no.544 )




adakah kita termasuk dalam kalangan  tersebut?



 yang penting sekarang ini , melayakkan diri kita ke dalam kalangan orang yang dapat melihat Allah di sana.




 janganlah sekadar merebut menyebut nama Allah ,
 tetapi berebutlah untuk beriman dan menyembah Allah .



6 comments:

  1. sambil blogwalking, sambil ulang kaji. best jugak ni. tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. STYLE: welcome:) thanks membace .

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing. Bacaan sebegini perlu ada utk menambh ilmu.

    ReplyDelete
  4. ASMARA: welcome.sama2 kite menambah ilmu ye :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..perkongsian ilmu yg menarik tq sharing:)

    ReplyDelete
  6. NIEZA :alhamdulillah. welcome sis :)

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)