Pages

Jun 25, 2012

#17 CHUP!



Kagum Dengan Keperibadian Khalifah Umar 



Seorang utusan dari Iraq mahu berjumpa dengan khaifah . 
Oleh sebab tiada kenalan di Madinah , dia pun menginap di masjid.
Melihat lelaki Iraq itu berbaring selepas solat ,
Khalifah mendekatinya dan bertanya apa tujuannya.

Jawab lelaki itu , 
" Saya utusan Iraq , saya ingin mengadap Khalifah Umar bin Al-Khattab "

"Kenapa kamu tidak terus menemuinya dan mengkhabarkan berita yang kamu bawa  "

" Sekarang ni sudah larut malam . Tidak mungkin saya mampu menemuinya malam-malam begini malah tentu khalifah pun tidak mahu menemui saya "

" Khalifah pasti mahu menemui kamu . Sekarang ini pun kamu sedang berhadapan dengan khalifah . "

"Maksud saudara ? "

" Sayalah Khalifah Umar bin Al-Khattab . "

Lelaki Iraq itu bingung lalu hampir pengsan kerana berhadapan dengannya .
Dia hairan , di tengah malam begitu masih berada di masjid .

" Kamu jangan terkejut , walau saya khalifah , saya juga hamba . 
Jika sepanjang malam saya tidur , bermakna saya sia-siakan waktu saya untuk beribadah . 
Jika saya tidur di siang hari pula , bererti saya lupakan kewajipan saya sebagai pemimpin  . 


6 comments:

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)