Kagum Dengan Keperibadian Khalifah Umar
Seorang utusan dari Iraq mahu berjumpa dengan khaifah .
Oleh sebab tiada kenalan di Madinah , dia pun menginap di masjid.
Melihat lelaki Iraq itu berbaring selepas solat ,
Khalifah mendekatinya dan bertanya apa tujuannya.
Jawab lelaki itu ,
" Saya utusan Iraq , saya ingin mengadap Khalifah Umar bin Al-Khattab "
"Kenapa kamu tidak terus menemuinya dan mengkhabarkan berita yang kamu bawa "
" Sekarang ni sudah larut malam . Tidak mungkin saya mampu menemuinya malam-malam begini malah tentu khalifah pun tidak mahu menemui saya "
" Khalifah pasti mahu menemui kamu . Sekarang ini pun kamu sedang berhadapan dengan khalifah . "
"Maksud saudara ? "
" Sayalah Khalifah Umar bin Al-Khattab . "
Lelaki Iraq itu bingung lalu hampir pengsan kerana berhadapan dengannya .
Dia hairan , di tengah malam begitu masih berada di masjid .
" Kamu jangan terkejut , walau saya khalifah , saya juga hamba .
Jika sepanjang malam saya tidur , bermakna saya sia-siakan waktu saya untuk beribadah .
Jika saya tidur di siang hari pula , bererti saya lupakan kewajipan saya sebagai pemimpin .
indahnya klu smpt brjumpa dgn khalifah...huhu
ReplyDeletekeperibadian nya hebat sekali.
ReplyDeleteassalamualaikum keli....memang seronoknya...:)
ReplyDeleteBegitulah sifat pemimpin yg sebenar....
ReplyDeleteSubhanallah..ini lah pemimpin yg sebenar!!!
ReplyDeletesifat yg patut ada dlm setiap pemimpin... :)
ReplyDelete