Pages

May 28, 2012

#13 CHUP!



Penghuni Syurga


Suatu hari , seorang Arab Dusun datang bertemu Rasulullah saw .
Katanya kepada baginda ,
"Tunjukkanlah kepada ku suatu amalan yang mana 
bila aku melakukannya , aku akan masuk syurga kerananya. "


Mendengar permintaan itu,
Nabi Muhammad pun menjawab ,
'' Sembahlah Allah . Jangan menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain .
Tegakkan solat-solat wajib dan 
bayarlah fardu zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan ."


Mendengar jawapan itu , Arab Dusun pun berkata ,
" Demi Allah yang diriku berada di tanganNya .
Tidak akan aku tambah daripada ini ."


Kemudian , lelaki itu pulang . Sebaik saja dia pergi ,baginda pun bersabda ,
"Siapa yang senang melihat seseorang daripada penduduk syurga , lihatlah Arab Dusun  itu tadi " .




 



3 comments:

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)