Pages

Oct 28, 2013

Kelkatu Cintakan Cahaya


Kenapa kelkatu suka lampu
Segala yang bercahaya dia suka
Walau dalam gelap gelita ada cahaya fon mesej masuk
Dia datang jugak tu

Ish ish ish



 au au au mai sini ada lampu


Kelkatu ni sebenarnya anai-anai
Anai anai kan serangga perosak 
Dan kelkatu ni adalah fasa terakhir kitaran anai anai

Jadi mereka ni ada dua jantina bile dah matang berkepak gitu
Jantan dan betino
Bila dah ade kepak leh la terbang bersama sama meredah dunia
Tak kira hujan atau panas , ribut dan taufan 
Waa romantik kan

Tapi kenapa diorang suka dating bawah lampu
Kenapa bukan bawah dapor ?
Bukan kat tayar basikal ?

Sebab Ciptaan Allah itu indah kan
Dia ada instinct gitu
Kalau ianya bercahaya dan berlampu
Kompem lampu tu dalam rumah kayu atau batu

Dan kompem kompem mesti ada perabot buat makanan
Lagi kalau rumah tu lagi banyak cahaya
Lagi dia suka
Masuk umah kite pon tak kene hujan

Cahaya tv pasang , tv bilik , ruang tamu , dapor
Cahaya leptop
Leptop pon sorang sebijik kat umah
Fon sorang dua bijik

Haa mau tak si kelkatu beraya datang umah kau kemain terang benderang

Tapi kenapa kepak je tinggal ?
Mana badannya ?
Tu tandanya mereka mereka ini dah dapat pasangan
Gi dating kat dalam celah celah mane tah
Nak bina family baru

Kalau family ni hidup bahagia ?
Kita lah merana
Habis barang kita rumah kita

Jadi aku sarankan korang cari la pemusnah anai anai ni
Banyak nya dah sekarang

Takut takut korang biarkan
Tau tau je umah runtuh
Tak pon sedap sedap tido
Gedebuk katil runtuh
Haa kan parah

Atau lagi mudah

Bela lah banyak cicak
Murah cepat dan senang

Bila kelkatu datang
Haa keluarkan la binatang peliharaan korang
Bagi makan free

5 comments:

  1. Mmg betul tu.. mereka bahagia, kita merana.. :)

    ReplyDelete
  2. bila kalkatu tinggalkan kepaknya...hahahha

    ReplyDelete
  3. kalau bela cicak, nnti penuh taik cicak dalam rumah plak...

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)