Pages

May 24, 2012

Biar Bijak Bergaya


Assalamualaikum .


Dari kecil kita dihantar ke sekolah . Untung bertuah kita merasa sekolah . Dari  nursery , pra-sekolah , tadika , sekolah rendah pagi petang , sekolah menengah pula , dan seterusnya .


Selesai zaman pembelajaran di kelas dan kuliah , kita melangkah ke alam pekerjaan pula . Ya bekerja untuk menyara kehidupan . Sepatutnya kerana ibadah kepadaNya iye dak ? Bila ikhlas kita bekerja insyaallah kembali kepadaNya . Ibadah la tu kan .


Nak kaya kena kerja . Nak kerja kena berjaya . Nak berjaya kena berusaha. Nak berusaha kena berupaya . 

Tapi dah berjaya kaya raya tak pulak bijak . Patut nya kena la bijak bergaya iye dak . Baru la orang pandang . Bukan kita nak orang hormat kita tabik spring . Sekurang - kurangnya orang tengok kita dan cakap ,


" Eh,tengok si Leman tu , kaya-kaya dia pun elok saja , tak sombong ,( bla bla ) .....  "


Yang ni kita nak dengar , tak sombong dan bongkak diri besar hidung muka tinggi . Tapi masayarakat sekarang dah lain , tak semua , segelintir saja . 


Andai ada manusia yang pandai bijak bergaya , takde nya  letak kereta dekat parking motor . Kereta menggambarkan manusia kaya bergaya , tapi biar berpada-pada ya . 

Itu parking tempat motor , kalau dah kereta besar gah mewah di situ , aku nak lalu pun malu-malu . Jenuh aku menggayakan motor nak keluar . Salah undur tapak , ekzos melekat kat pintu . 

Nanti tuannya naik hantu pula . Haa fikir-fikir lah ya .


2 comments:

  1. as-salam..
    itulah lumrah dunia. tapi xnak la sombong2 kalau dah kaya. pandang orang bermoto ni rendah sekali.

    selalu bila jalan jem kereta mewah-mewah ni akan biarkan kereta diorg di lorong yang menghalan laluan moto. memang kene hon la. kete mahal ke murah. hihihi kang langgar meroyan diorg. kikikiki :)

    ReplyDelete
  2. @Rafflesia™ wa'salam , hmm camtu la. Memang kita yang menanggung kesabaran yang teramat2 kuat !

    *Kalau meroyan kat jalan bahaya

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)