Pages

May 10, 2012

Remaja Samseng


cerita atau filem gangster di skrin semakin menjadi-jadi .  KL Gangster , My Wife is Gangster , dan macam-macam lagi  filem di negara kita atau dari  luar negara yang berunsurkan samseng semakin digilai  semakin dicari-cari . seronok melihat aksi-aksi tumbuk tendang sana sini . tidak kira usia sama ada masih sekolah rendah , menengah , mahupun pelajar universiti .


situasi menumbuk sana sini , libatkan diri dalam kongsi gelap dan macam-macam lagi sering diselitkan juga dalam drama-drama sekarang . salah satu umpan menarik penonton untuk mengikuti aksi-aksi berdrama .


seronok bukan aksi begitu ditonton dalam drama dan filem . tapi gerun ditonton dalam realiti kita . mencalar kereta guru , memancitkan tayar , bergaduh sesama sendiri sudah cukup mengerikan. mungkin juga kerana kes seperti ini membuatkan insan di luar sana kecut perut untuk menggalas tugas pendidik.


tidak salah filem-filem dan drama yang berunsurkan aksi-aksi yang menarik . sesuai sangatlah dengan jiwa remaja yang suka kan kelainan dan keseronokan . di akhir jalan cerita tersebut juga diselitkan  pengajaran dan teladan . tetapi sejauh manakah para remaja ini mengambil iktibar pengajaran tersebut?


adakah sekadar meletakkan tanda amaran seperti "jangan tiru aksi ini "   atau  " hanya tontonan 18 tahun ke atas " ? adakah ia difahami ? ya mungkin tapi mungkin hanya segelintir. segelintir lagi ? 


maka bermulalah drama dalam dunia realiti . aksi-aksi  si Timah dan Joyah merebut  Mail . aksi si Bad dan Mat merebut Melah . pelbagai aksi juga mula dipraktikkan . segala aksi terpendam ditunjukkan .yang si perempuan mula sudah hilang keayuan . si lelaki perlu menunjukka kejantanan. masing-masing tunjuk handal .



 



adakah ini anak muda kita yang akan memimpin masa hadapan ?


remaja ini perlu dipantau oleh ibu bapa dengan teliti . sama ada di sekolah dan di rumah . ibu bapa perlu memerhati perlakuan anak-anak , mengambil berat rancangan-rancangan yang ditonton anak-anak agar mereka menonton rancangan yang sesuai . pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam menanam nilai-nilai murni di dalam diri mereka .


peranan kita ?

 
 

10 comments:

  1. bosan dengan cerita yang genre sama je selalu -_-

    ReplyDelete
  2. tgk tajuk dh tahu jln crita..kang komplen crita diorg nnti mereka ckp kita x tahu menilai...try ler genre lain selain merempit/gengster/hantu..semua berlumba2 nk bt crita sm...cm nyemak je iklan lam tv..huahuahua...

    ReplyDelete
  3. bila satu2 genre filem tu laku .. makin banyak genre yg sama dihidangkan utk masyarakat ... asal ada keuntungan , kesan pd masyarakat dibelakngkan . ermm ..

    ReplyDelete
  4. pucuk pngkl pd remaja itu sndri..pantauan drp ibu bpa mmg harus..

    ReplyDelete
  5. pengaruh rakan sebaya dan diri sendiri jugak..

    mintak2 dijauhkan dari remaja macam ni, takot.. @_@

    ReplyDelete
  6. bila umur dah 25 ke atas bru nk insaf. mase tu dh tak gune dh

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum....susah kalau ada remaja yg tidak mahu menginsafkan diri...:)

    ReplyDelete
  8. YUMIDA :haha.memang semak! lalang !

    FIZA : tak sayang masyarakat

    ELYNA : takleh le salahkan remaja saje

    ReplyDelete
  9. RAFFLESIA : sama2 minta dijauhkan

    RAPUNZEL : huu lambat nye nak insaf

    MASZULL: diorang kene dibimbing

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)