Pages

May 17, 2012

Talkin dibacakan . . .

maklong ku yang telah pulang ke 'sana'..
semoga berada di tempat para solihin . Aminn. Al-Fatihah.

Alhamdulillah segala urusan selesai . sempat juga aku mengiringi jenazah ke tanah perkuburan . bacaan talkin di mulakan .

mesti kalian pernah dengar kan bacaan talkin ?

kalian bacalah talkin ni dan gantikan dengan nama kalian sendiri .



Bismillah hir rah man nir rahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata: 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? 


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'




itu hanya lah sebahagian talkin yang aku kongsikan disini . sebahagian ini pun sudah cukup membuatkan aku berfikir-fikir. sedalam-dalamnya aku berfikir .


'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


bersediakah aku ke sana ..
bahgiakah aku di sana ..
mampukah aku menjawab nya ..
cukup kah amalan aku untuk ke sana ..


adakah aku menjawab dengan tenang ..
dengan cermat ..
atau
dengan gopoh-gapah ..
dengan  keadaan terkejut ..


bagaimana keadaan aku nanti ..
soalan ni di jawab dengan mudah sekali di sini 
adakah ianya mudah di sana nanti 




14 comments:

  1. memang terasa seram bila dengar org baca talkin ni... selalu terpk keadaan diri nanti...

    p/s : takziah buat awak sekeluarga dan keluarga arwah mak long awak... semoga tabah menghadapi dugaan ni...

    ReplyDelete
  2. bila baca talkin di atas dengan menukarkan nama saya, saya berasa sangat takut.. takut sangat.. btw, takziah kepada kamu sekeluarga dan juga keluarga arwah maklong.. setiap yang hidup pasti akan merasai mati.. cuma kita tak tahu bila kita akn pergi...

    ReplyDelete
  3. kalau korang hafal jawapannya, belum tentu kita boleh jawab masa alam kubur nanti..

    apa yang penting, jaga amalan kita. yang wajib jgn ditinggalkan..

    ReplyDelete
  4. @Masz Sidek sama2 la kita menambah amal untuk di sana.
    terima kasih .

    ReplyDelete
  5. @hafizaiman95 @ fizs yup.bila tukar nama sendiri takut nya.
    terima kasih..

    ReplyDelete
  6. setiap manusia akan mati..bila?dimana? hanya ALLAH yg tahu..oleh itu kita sebgai hamba haruslah sentiasa bersedia..dan tidak lupa pada ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  7. @محمد شهريل القنيطري yup.insyaallah. sentiasa bersedia dan membuat amal seperti esok kita akan pergi ke sana

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum keli....memang terasa insafnya bila taklin ni dibaca sama2lah kita mengingati Allah yer...:)

    ReplyDelete
  9. @maszull yup.sama2 lah kita selalu ingat kematian

    ReplyDelete
  10. salam takziah ntk awak n keluarga...alfatihah..

    ReplyDelete
  11. salam takziah buat awak dan keluarga :) alfatihah

    ReplyDelete

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)