Pages

Apr 5, 2012

ulangkaji : subjek 10 KEKELIRUAN DALAM SAF

assalamualaikum wbt. alhamdulillah. masih bersemangat dalam subjek hari ini ? semoga semangat dan terus bersemangat ye. teruskan subjek hari ini .

kita sering keliru dalam solat jemaah. hakikatnya solat itu tiang agama . bukan sebab kita cetek ilmu tapi sebab pentingkan diri sendiri . antara kekeliruan dalam solat jemaah terutamanya dalam saf .


1. luruskan saf . saf tidak boleh dipandang ringan . Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya kesempurnaan saf atau barisan dalam sembahyang merupakan sebahagian daripada solat jemaah . jika ia nya tidak dilakukan dengan sempurna , secara tidak langsung pahala solat jemaah turut tidak sempurna. 


2. tugas imam dan bilal . peranan imam menyuruh jemaahnya meluruskan saf , manakala bilal pulak membacakan iqamah bagi membangkitkan jemaah . pada zaman Rasulullah saw , baginda sendiri pergi membetulkan saf . malah dalam riwayat yang lain , diceritakan bahawa Saidina Umar pernah menggunakan pedang bagi meluruskan saf .
 


3. saf kosong iaitu putus saf . apabila saf putus atau kosong ,solat jemaah menjadi tak sempurna . apabila salah seorang makmum keluar dari jemaah menyebabkan wujudnya ruang kosong . adalah menjadi keutamaan kepada makmum di bahagian belakangnya untuk bergerak ke hadapan . tetapi ia nya juga bergantung kepada keadaan . sekiranya tiada orang bahagian belakang , maka makmum di tepi kosong perlu berganjak .


4. pergerakan dalam saf . semasa sedang berjemaah , makmum tidak boleh bergerak sewenang-wenang nya kerana ia boleh membatalkan solat . bagi pergerakan yang perlu dibuat bagi mengisi ruang kosong dalam saf. dan ingat , tidak melebihi  tiga pergerakan . kita masuk ke dalam saf itu perlahan2 dan pastikan tidak dilakukan lebih tiga pergerakan . jika lebih boleh di kira berjalan dalam solat dan boleh membatalkan solat .


5. pengisian saf . dalam mengisi saf , saf pertama perlu dipenuhkan terlebih dahulu . apabila memasuki saf kedua , ia perlu dipenuhi bermula di bahagian tengah . tapi dalam masa sama ia mesti berada dalam keadaan seimbang dan tidak berat sebelah .


6. merapatkan saf . setiap makmum mesti merapatkan saf. walau bagaimanapun , ia tidak perlu berada dalam keadaan amat terlampau rapat. bersentuhan kaki atau siku sudah memadai . sekiranya makmum berada dalam keadaan sempit terhimpit . dibenarkan duduk seperti tahiyat awal agar kita tidak mengganggu kekhusyukan makmum sebelah . lihat . indah nya islam .

 


7. pakaian . penjagaan pakaian dalam solat sangat penting . makruh apabila memakai pakaian yang mempunyai tulisan . kerana ia nya boleh mengganggu kekhusyukan makmum lain . aik , tak kan kita nak jadi penyebab solat dia tak khusyuk ?




8.  kerusi kecil dalam solat . sape yang menggunakan kerusi ?  individu yang kurang upaya jugak tidak salah untuk bersama menunaikan solat jemaah . tetapi lebih baik dia berada di saf paling tepi supaya tidak mengganggu jemaah lain .tetapi di sini perlu di ingatkan tentang keperluan dalam solat . 
berdiri adalah rukun solat . jika kita mampu berdiri sebentar ( melainkan lumpuh dan seumpamanya ) kita kena berdiri dahulu semasa takbiratulihram . selepas itu baru duduk .tetapi ramai yang keliru , terus mulakan solat dengan duduk .

9. solat batal . dalam keadaan tertentu , imam tak terbatal solatnya tetapi makmum boleh terbatal . contohnya : apabila menunaikan solat maghrib tiga rakaat , imam telah menyambung solat rakaat keempat kerana terlupa . tetapi makmum sedar dan mengikut imam , maka terbatallah solat nya . sedangkan solat imam sah . jika situasi ini , makmum mempunyai dua pilihan  
1- mufakarah iaitu keluar dari solat berjemaah ..
2 . tunggu imam habis dalam keadaan duduk dan memberikan salam selepas imam .


10. menegur imam . apabila imam melakukan kesilapan , makmum lelaki perlu  menegur imam dengan cara bertasbih iaitu subhanallah . bagi wanita , adalah memadai dengan menepuk tangan kiri menggunakan tangan kanan. menegur imam dengan cara menyebut kesilapan nya boleh membatalkan solat . 


dalam bab solat sebenarnya lebih mudah belajar dalam bentuk amali. 
amali solat  nama nye. 
mudah faham cepat ingat senang amal.


-------------------------------------------------------

:: longgar saf solat punca umat islam tidak bersatu ::





No comments:

Post a Comment

menari-nari jejari kawan-kawan si keli menari
jangan pening ayat atas tuh. komen je :)